fotografi, Info Semasa, Tips

Bagaimana Untuk Menggunakan Fungsi High Dynamic Range (HDR) Pada Camera Telefon Anda

High Dynamic Range (HDR) merupakan fungsi yang ada pada kamera telefon anda untuk menjadikan gambar yang diambil lebih jelas. HDR berfungsi dengan mengambil 3++ gambar dalam exposure yang berlainan dan gabungkan semua gambar yang diambil untuk menjadi satu gambar yang lebih jelas.

HDR juga membantu mengurangkan ‘overexpose’ dalam situasi cahaya yang terang. Menggunakan HDR pada mode telefon anda akan membantu pencahayaan yang baik pada gambar yang diambil.

Gunakan fungsi HDR pada situasi yang gelap dan situasi yang mempunyai cahaya yang terang seperti di kawasan terbuka pada tengah hari. Untuk mendapatkan gambar yang lebih berkualiti apabila menggunakan fungsi HDR, gunakan tripod supaya tiada getaran semasa gambar diambil.

Sumber: TechLagi

Leave a Reply