Info Semasa, Inspirasi, kagum, Sukan, Video

“Bangkit Bersama” Lagu Tema Sukan SEA 2017 Nyanyian Dayang Nurfaizah

Malaysia semakin hampir dengan temasya teragung Sukan SEA 2017 (KL2017) yang menampakkan semangat yang semakin membara dalam kalangan atlet negara dan juga rakyat Malaysia.

Hal ini lebih semarak dengan pelancaran lagu tema “Bangkit Bersama” yang dijalankan oleh Menteri Belia & Sukan, Khairy Jamaluddin hari ini.

Lagu tema bagi Sukan SEA 2017 ini digubah oleh komposer Datuk Ramli MS dan dinyanyikan oleh artis terkenal tempatan, Dayaung Nurfaizah.

Lagu ini adalah hasil daripada idea yang disampaikan oleh Jawatankuasa Pengelola Malaysia (MASOC) yang menggunakan platform media sosial untuk memperoleh idea untuk menghasilkan lirik daripada maklum balas netizen.

“Ini merupakan kali pertama kami mengambil langkah untuk melibatkan orang ramai dalam menghasilkan lagu tema temasya sukan yang besar.

“Saya amat gembira melihat sokongan masyarakat terhadap sumbangan idea dan cerita yang dihantar dan hari ini saya persembahkan lagu yang ditulis dan dimiliki oleh semua peminat dan penyokong KL2017,” kata Khairy Jamaluddin ketika pelancaran lagu tersebut di pusat membeli belah di Kuala Lumpur.

Lagu “Bangkit Bersama” ini merupakan salah satu daripada 3 lagu tema yang dicipta sempena dengan pelancaran KL2017.

Dua lagi lagu tema untuk temasya Sukan SEA 2017 ini ialah “Tunjuk Belang” yang dibawa oleh MonoloQue, Azlan dan juga MaliQue; dan juga “So Many Hands” yang dinyanyikan oleh Mia Palencia.

Orang ramai diingatkan temasya Sukan SEA 2017 ini akan bermula pada 19 Ogos hingga 30 Ogos akan datang.

Leave a Reply