Automotive, Info Semasa

Bank Negara Mansuhkan Tarif Motor Bermula 1 Julai. Ini Perkara Yang Wajib Anda Tahu Sebelum Membeli Insuran Kenderaan

Bank Negara telah mengumunkan pemansuruhan tarif motor berkuatkuasa 1 Julai 2017. Tarif Motor merupakan tarif yang digunakan untuk insurans kenderaan yang menggunakan motor. Ia memastikan harga asas untuk insurans kenderaan adalah sama untuk jenis, tahun atau cc kenderaan. Hanya sedikit perbezaan harga (sebanyak 35%) dibenarkan untuk semua brand insurans yang beroperasi di Malaysia.

Apabila Tarif Motor dimansuhkan, harga insurans kenderaan akan sitentukan oleh syarikat insurans berdasarkan risiko yang berbeza. Risiko tersebut akan dikira berdasarkan

1. Jantina (lelaki/perempuan)
2. Model kenderaan
3. Pekerjaan owner
4. Rekod claim (pernah buat claim accident atau tak)
5. Kegunaan kereta (personal, uber/grab dsb)
6. Umur owner
7. Tempat tinggal (kawasan berisiko berlaku jenayah atau tidak)

dan banyak lagi berdasarkan syarat syarikat insurans.

Jika anda berisiko rendah, harga untuk insurans juga akan menjadi lebih rendah.

Sistem ini sama dengan sistem yang diguna pakai di luar negara seperti UK

Anda boleh mengikuti thread twitter di bawah yang dikongsikan oleh saudara @eklhshm yang menerangkan tentang sistem baru Insurans di Malaysia.

Leave a Reply