Info Semasa, Tips

Bapa Ini Kongsikan Tips Untuk Save Duit Beli Mainan Untuk Anak Anak

Seorang pengguna twitter @NabilHussein yang juga merupakan seorang bapa berkongsi tips yang menarik untuk membeli mainan anak anak. Mainan Happy Meal sangat sesuai untuk anak anak berusia 1 hingga 5 tahun kerana pada umur ini, anak anak ini masih tidak tahu menghargai mainan.

Ada yang mengatakan barang mainan borong adalah satu alternatif untuk membeli mainan untuk anak tetapi beliau merasakan mainan tersebut tidak berkualiti untuk kanak kanak. Kedai borong selalunya menjual mainan yang dibuat di China dengan kualiti yang rendah, jadi cat yang digunakan pada mainan tersebut mudah tertanggal dan membahayakan kanak kanak.

Beliau juga menggunakan mainan tersebut sebagai ganjaran untuk anak anak. Simpan toys tersebut, lepas tu keluarkan satu satu sebagai reward untuk anak anak.

Boleh click embed thread di bawah untuk melihat lebih perkongsian dari beliau. Kalau anda scroll thread tersebut, ternyata bukan saudara Nabil sahaja yang kumpul toys dari Happy Meal malah ramai juga ibu bapa yang menggunakan cara yang sama.

Leave a Reply