Viral

Bapa Kecewa Pengusaha Taska Hidang Makanan ‘Menyedihkan’ Untuk Kanak-kanak

Seorang pengguna Facebook meluahkan rasa kecewa kerana sebuah taska di Shah Alam menghidangkan makanan yang dianggap menyedihkan kepada anak-anak di bawah jagaan taska itu.

makanantaskaMakanan yang dihidangkan kepada anak-anak taska itu dlihat terdiri dari nasi dengan kuah air, serta secebis telur dadar nipis dan hirisan lobak merah dan putih.


Pengguna Facebook tersebut, Zulfiqry Zulfakar, memberitahu yang walaupun pernah diadukan mengenai perkara itu, pengusaha taska itu masih menghidangkan makanan pada kualiti sama.

Apa perasaan anak- anak kita bila diberi makan oleh taska dengan lauk yang sedemikian?

Tergamakkah kita sebagai seorang ayah dan ibu beri makan pada anak-anak kita macam ini?

Balik ni, tanya anak-anak kita, apa makanan yang diorang makan dekat taska ..

# kejadian di taska terkenal kawasan Shah Alam.
# berlaku lagi di tahun 2017 lepas 2016 dah dilaporkan.
# kerasnya hati seorang pengusaha taska tersebut.

feeling disappointed.

1

2

Kanak-kanak taska sedang berada dalam tempoh di mana mereka membesar dan berkembang dengan cepat, oleh itu mereka memerlukan nutrisi yang mencukupi untuk membantu perkembangan otak dan fizikal.

Mungkin pengusaha taska patut menyediakan makanan yang lebih seimbang untuk anak-anak. Perkara ini ada disentuh dalam modul Pendidikan Awal Kanak-kanak yang dikeluarkan oleh PERMATA Negara di bawah naungan isteri Perdana Menteri, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor.

Diharap pengusaha taska tidak memikirkan keuntungan semata-mata, sebaliknya memberi tumpuan kepada kepentingan makanan seimbang untuk perkembangan mental dan fizikal kanak-kanak yang sihat. – amazingnara.com

Sumber: Zulfiqry Zulfakar


Comments 29

  1. Qurratu'aini

    Ko ingat taska kau takde bdk ke? Sampai nak bagi makan macam tu. Kalau anak kau macam tu ape perasaan kau? Kalau aku ade anak duduk kat taska tu, dah lama aku saman kau berjuta2.Tengok kalau blh bayar tak? Kalau tu leh byr takkan makanan bdk pun tak leh

  2. Kesian betul budak2 ni, kalau nk bg mkn betul2 la sikit, ni mcm nk bagi ayam itik mkn

  3. nori

    Buatla nsik goreng ke lg sdap

  4. Anonymous

    Senang je.. dh tau taska mcm tu boikot la, jgn htr anak2 kt situ lg. Taska ada byk kt klang valley ni ikut la convenience kita. Dh pernah buat aduan tp still mcm tu n kita still htr anak2 kt situ siapa yg silap?? Selagi ada demand selagi tu taska tu operate. Owner dia apa kisah setakat sorang dua je yg mengaum! My opinion only.. saya pun ada anak2 kecik htr rumah org lagi bukan taska.

  5. Anonymous

    Apa nama taska n seksyen berapa ye? Isaunya saya..Kat mana nak tahu parent tu ngadu…

  6. Zeela

    Hempok je pale pngusaha tu..jgn kata bdk2..aym itik pun xlalu nk mkn nsi air mcm tu..cer sumbat lam mulut pngusaha tu dulu..klu dia bleh telan..nk untung pun agk2 la…

  7. Anonymous

    tlg tutup taska mcm ni

  8. Princess fizsya

    Tak smpai hati masak makanan anak2 di taska mcm ni . Lauk ni lauk makan tengah hari ? Apasal pengusaha kedekut bebeno . Huhu

  9. Nak aku bagi penampaq ja

    Pengusaha tu yg x ckup nutrisi kot..cacat otk buta peqot…kasi ajaq sma dia..dasar berokkk…

  10. linda

    Ape nama taska ni?mne die tahu yg taska bg mkn mcm tu? Sye pun anta anak kt taska area shah alam. Aduhai risau nye.

  11. Kudakayu

    Macam makanan org dalam jail je… Agaknya pengusaha taska ni tak de hati perut ke?

  12. Anonymous

    Nasi + sup kosong & kdg2 ada lauk telur dadar ni memang menu biasa bg pengasuh. Lagi2 yg pengasuh di rumah. Ckp lauk macam2. Tapi hakikatnya tu la menu anak2 ni seharian. Cuba la pantau anak2 di rumah [email protected] Berkira sgt bab makan anak2 ni. Sardin setin [email protected] pun blh dapat. Nak bagi telur goreng sebiji pun tak sanggup. Bayar je mahal. Kalau kena pada anak sendiri tau pula nak marah. Huhu

  13. Anonymous

    Teruk nye.. agak2 kalau parent saman boleh menang tak? Saya x sure.. tapi kalau boleh saman, kasi bankrup je lah owner taska tu.. fikir nak untung je kedekut, bg la budak2 tu makanan seimbang… mmg dah charge sekali dalam fees kan patutnha especially yg duduk fullday. Mmg parent dah bayar sekali dengan makan anak dia

  14. Anonymous

    Astaghfirullah. Sy kecewa dgn ibubapa seperti ini. Jika anda rasa dgn memberi makanan seperti ini kepada anak yang ada nasi (karbo), sup sayur-yg dikatan “air” di mana cukup saja sifatnya(sila belajar cara memasak “sup” sayur yg sihat untuk anak. Yelah org sekarang nak senang buat sup pun letak perencah.ish ish seimbang sgt, telur goreng (protein)-yg dikatakan nipis, sila lah buka tadika @taska sendiri dan kira lah sendiri berapa sahaja untungnya. Kakak saya masih lagi melakukan kerja lebih utk tampung perbelanjaan tadikanya di mana sungguh tidak mencukupi untuk bayar itu ini kos perbelanjaan di tadika setiap bulan di era ini. Manakan dia melihat untung malah gajinya sendiri tiada. Sungguh sungguh sedih. Fyi jika sedemikian rupa makanan yg diberikan kpd anak2 anda, anda perlu tahu anak- anak pada usia ini portion hidangannya banyak mana lah sangat. Tidak mengapa kerana tambahan makanan adalah dialukan kpd anak-anak yg ingin menambah. Ini adalah untuk mengelakkan pembaziran di mana tidak semua antara mereka yg mkn dgn byk disebabkan itu portion makanan seperti itu diberi pada mereka. Bersyukur dengan yang sedikit insyaAllah akan sentiasa berasa nikmat kecukupan. Wa Allahu alam.

  15. Hampa

    Takde masalah rasanya dengan hidangan sebegitu..
    Makanan sihat yang tidak berminyak..bagus utk otak..
    Iba bapa sekarang tak tahu la ape yang diorng fikirkan..

  16. cerdik sikit otak kau...

    cakap memang sedap. cube kau jadi mak bapak budak2 ni. kau sanggup.ke tengok anak kau makan macam tu je. kalu ye pum nak bgi mcm tu.. buatlh btul2. ni x aku tgok mcm siram air je atas nasi je buksn sup. mak bapak byar mahal. kerja kumpul duit nk byar bulan2. bukan ambik duit taska pum.suh pi beli brg dapur. duit mak bapak kan.. dh kne cas mase daftar.. cerdik sikit kau cakap.. memang hampalah kau.. cuba kau makan sekali laut macam tu.. lpas tu ambik gmbar aku nk tgok.. ckp sdap kau.. sblum ckp fikir gune otak sikit.

  17. tggudanlihat

    parents kenal sup dgn air beza camne…kalo kat sek kebangsaan pun kena tegur kalau camni..budak mmg xkan beli..lauk rancangan makanan tambahan pun diorg leh jemu.padahal sedap. inikan masakan yg mcm rebus carrot je. takpela kalau betul itu sup..ko bagi skali jemaah nazirdtg pantau tahap nutrisi pemakanan..sbb setau aku ade garis panduan. itupun kalau taska tu berdaftar la….

  18. Ibu juga

    Pada saya kita kena tengok nutrisi makanan tersebut, saya pelik ada yang menyarankan sardin utk diberi pada anak??? What???…saya juga seorg ibu, saya juga penghidap kanser dan tahu apa yg patut dan tak patut utk anak2….saya lebih rela anak2 makan sup mcmni dan telur dari segala process food yg ada…sila buat study lagi ye…haishhh

  19. Mr. Jay

    cuba mention trs tadika berkenaan… sbb sy pn hantar anak sy di tadika area shah alam… blh sy dan lain2 buat pemantauan…

  20. buntu

    bg tau ja nama taska tu…napa nk rahsiakn..dah sah sah salah kot….setiap taska ada menu yg telah disediakan…ke…tukang masak tu tak pandai bk masak…

  21. mira

    Kalo dh camni,apa kata parents masak sdiri bawa bekal bg anal.lg bgus.kalo NK hrpkn org lain mmg ssh la

  22. Anonymous

    setahu saya kat taska area shah alam kurang2 300 sebulan. n ramai parents kat sini anto bbdk ke taska n transit. kalo nk jimat sgt pi bli brg kat paso klang ke..seksyen 18 ke.

  23. Anonymous

    Boleh x bgth nama taska ni..x payah sorok2 dah viral pun kan…bgth je…sy pun nak th juga adakah taska yg saya hantar? lg satu mcm mana ye nak pantau anak kat taska? sbb dorang tutup pintu, xde tgkap yg bleh diintai…kalau dtg pun dorang x bg masuk, suh tggu kat luar, dorang panggil anak keluar…how ye nak pantau kalau mcm ni…yuran byr RM4++ , anak asyik kata lapar je bila balik…kul 6 kot..tu sy nak th nama taska ni..

  24. Anonymous

    majoriti taska dan pengasuh di Malaysia bagi macam ni utk budak2 yg dijaga rasanya…bukan takat di shah alam je. saya pernah bekerja sebulan di taska di bangi lama dahulu, sekitar tahun 2000…begini jugalah menunya. kadang2 hanya ada sup air je, lobak pun seketul utk dimakan 50 org budak. bab makanan dan penjagaan anak2 di taska ni rasanya kena buat banyak pemeiksaan mengejut. tak banyak taska yg nak buat sup ayam, sup bayam atau sup ikan utk anak2 jagaan mereka.

  25. Anonymous

    In shaa Allah…. Sepanjang TASKA Jabatan Kemas di ujudkn… Pengurusan mmng tip top… Mmng berbaloi… Anak2 jd seronok berada d TASKA dan plbagai pengisian di laksanakan supaya anak2 bijak berkomunikasi sesame mereka… bermain… Mengenal alam keliling mereka…. dan makanan amat di titikberatkan penyediaan dan kebersihan.. Semoga TASKA kemas terus di terima masyarakat….

  26. Chik

    Pemakanan seimbang (sayur , nasi , sup, telur pun ada)..rasanya ikut menu..skrg semuanya mahal, terasa sgt..dulu bolehlah masak sedap2, skrg tak..budak2 pun ta makan sgt…bolehlah bawa dari rumah/kedai sebagai penambahan makanan ank di umah pengasuh / taska..kadang2 ibubapa ni cerewet, salahkan taska/pengasuh jika anak mereka sakit perut, muntah, sambal ta masaklah..nasi tak masaklah..sabar je lah..kesimpulannya rajin2lah masak utk ank2..bukan senang nak mengasuh anak2..mereka yg menjaga(setiap jam, minit, saat), mengajar (abc, menulis dan mengeja simple words), memasak, memandikan, membersihkan(buang air besar @ air kecil @ muntah @ cirit birit)..kerja surirumah pun terasa beban yg ditanggung, mengalahkan org bekerja pejabat..
    Contoh Kiraan bajet ya..
    Kiraan
    1jam(8am-5pm)=rm6 ( yg educated )
    1jam (8am-5pm)=RM4.5 (moderate educated)
    1jam(8am-5pm)=rm3.5(low educated)
    9jam/hari x rm6 = RM54
    9jam/hari x rm4.5 = RM40.50
    9jam/hari x rm3.50 = RM31.50
    20hari @ 22hari
    RM54x20= RM1080 @ RM54 x 22 = RM1188
    RM40.50×20=RM810 @ RM40.50 X 22 = RM891
    RM31.50 X 20 = RM630 @ RM31.50 X 22 = RM693
    Cuba bezakan byran ditentukan oleh JKM
    BABY sahaja RM450 *Cuba tolak low educated RM630
    RM180 ibubapa dpt keuntungan..
    Itu belum lagi bab makanan..nak ank makan sedap topup lagi rm100..belum lagi masa ibubapa workholic @ ot..smpai pukul 6 @ 6.30pm..pengasuh sanggup jaga ank asuhan smpi ibubapa dtg ambil mereka, sedangkan kita ambil masa pengasuh..tukang masak sahaja sehari rm30 @ rn25..
    Lps pukul 5pm dikenakan cas bayaran sejam RM10 (kalau 10 hari OT ×RM10 =RM100)
    Disebabkan pengasuh prihatin dan prikemanusiaan bagilah harga kasih sayang RM450 sahaja utk baby..
    2-3tahun = RM350
    4-5tahun = RM280
    6 – 12 tahun = RM220
    Bukan senang nak jadi pengasuh/pengusaha Taska..
    Sekadar perkongsiaan..

  27. Liza

    Bagusnya siap kira kos.. betullah tu.. bawa2 la berbincang. Jgn fikir nak saman jer.. kalau Taska tu masih x berubah jg. Hntr la anak ke Taska lain. Kuasa di tangan Kita. Kalau Taska baru pun sama, cari Pengasuh di rumah.

  28. Anonymous

    Anak saya sy bagi pn kadang2 lauk begitu. Sayur masak air dan telur. Tak berminyak. Tak terlalu berempah.
    Cukup nutrisi.

  29. Kita x ada di tempat kejadian. Jadi x tahu perkara yang sebenar. Sayur masak air pun boleh jadi juga jernih. Berapa orang makan utk 1 dulang pun x tahu. Jadi, kepada pengadu kalau nak viralkan beri info yang sahih. Supaya x menjadi fitnah. Saya sendiri setuju kalau anak saya makan sebegitu lebih sihat dari letak msg , process food dan makanan segera yang lain. Apa2 pun, faham, semua ibu bapa akan rasa sensitif kan berkaitan anak2. Jadi harap dapat berfikiran rasional.

Leave a Reply