Viral

Bapa Tuntut Keadilan Untuk Bayi: Dakwa Hanna Nasuha Ditekup Muka Oleh Suami Pengasuh Sehingga Maut

Seorang pengguna Facebook, mendakwa anaknya, Nur Hanna Nasuha, telah dibunuh oleh suami kepada wanita yang mengasuh anaknya, yang juga merupakan seorang warganegara Bangladesh.
HannaNasuhaANLelaki itu, Hafiz Kasirun mendakwa dakwaannya ialah 78% benar dan sedang menunggu laporan kimia untuk pengesahan sebenar.

screen-shot-2017-01-26-at-11-40-07-amStatus mengenai kronologi kejadian telah dimuat naik oleh rakan Hafiz, Syedferdaus Syedmohammad:

Keadilan untuk baby Hanna ! Meninggal pada 27hb Disember 2016 disyaki dibunuh dirumah pengasuh! Mohon viral.

27 Disember 2016

Pengasuh perempuan (1 P) melayu alamat di Kondo Laksamana Puri hubungi ibu mangsa maklumkan sila datang ambil anak kerana badannya sudak sejuk dan sudah tak bergerak. Pengasuh cuma beri alasan tiada kereta bila ditanya kenapa tidak hubungi ambulans atau cuba bawa ke klinik berhampiran. Ibu bapa mangsa telah datang dan dapati anaknya sudah tidak bernyawa dan cuba lakukan bantuan pernafasan (CPR) tapi gagal dan telah bawa anak ke bahagian kecemasan Hospital Selayang dan telah disahkan telah pun meninggal dunia. Satu laporan polis telah dibuat (Selayang/031480/16).

28 Disember 2016

Hasil laporan awal post mortem dijalankan menunjukkan si mati meninggal akibat pneumonia dan tiada sebarang tanda fizikal untuk dikaitkan dera sementara tunggu laporan kimia. Untuk makluman pengasuh dan suami tidak hadir pada masa bedah siasat dan semasa pengebumian. Juga tiada sebarang sebarang rakaman percakapan diambil dari pengasuh.

18 Januari 2017

(1(L)(M) Kanak-kanak umur 12 bulan telah mendapat kecedaraan patah tangan di rumah pengasuh sama. Satu laporan polis dibuat ibu mangsa di Hospital Selayang.

20 Januari 2017

Ibu kepada si mati telah dihubungi melalui telefon awam oleh seorang 1(P)M identiti minta dirahsiakan (saksi) ajak berjumpa untuk bincang tentang kematian anak( Hanna). Ibu bapa telah pergi berjumpa saksi di sebuah restoran di Gombak.

Saksi beritahu yang si mati bukan meninggal semasa tidur tetapi yang sebenarnya akibat perbuatan suami kepada pengasuh 1(L) Bangladesh dengan menekup muka mangsa guna tapak tangan sehingga lemas kerana si mati sering menangis.

Saksi beritahu pengasuh perempuan iaitu adik saksi sendiri yang telah beritahu tentang kejadian tersebut.

Saksi juga beritahu sering dengar perbualan pengasuh dan suami semasa bergaduh dengan pengasuh keluarkan perkataan “Kau yang bunuh Hanna!” terhadap suaminya.

Saksi mohon kepada ibu bapa si mati supaya tidak dikaitkan dirinya dengan pihak polis kerana hubungan keluarga antara suspek dan saksi.

21 Januari 2017

2 Laporan polis GOMBAK /000738/17 dibuat bersabit repot awal di IPD Gombak berdasarkan maklumat baru dari saksi tersebut.

22 Januari 2017

Pengasuh perempuan telah ditangkap oleh pasukan polis berhubung kes bayi patah tangan. Suami pengasuh bagaimanapun telah beri alasan berada di Johor kerana mengikut lori milik abang ipar membuat penghantaran dan telah menghilangkan diri semasa menurunkan barang di Segamat.

24 Januari 2017

Saksi beritahu bapa si mati yang suami pengasuh sebenarnya tidak pergi ke Johor. Bapa si mati minta untuk berjumpa abang ipar yang konon membawa suami pengasuh ke Johor untuk mendapat tahu lokasi terakhir dia menghilangkan diri.

Pihak polis sahkan suami pengasuh yang merupakan suspek utama telah datang serah diri ke IPD Gombak lewat petang.

4
3
2

# mohon disiasat dibawah 302 Kanun Keseksaan demi keadilan untuk arwah Nur Hanna Nasuha bt Hafiz yang telah di syaki dibunuh dan bukan mati mengejut. PDRM KKM JKM SPRM KPDNKK supaya tragedi dapat dielakkan di masa hadapan.

Sumber: Syedferdaus Syedmohammad


Leave a Reply