Baru Belajar Selama 10 Minit, Pelajar Ini Dikejutkan Dengan Berita Pemergian Ayah

pelajar sekolah

Selepas tiga bulan sekolah ditutup, rata-rata pelajar kini teruja apabila sesi persekolahan kembali dibuka semula. Sebelum ini, sesi persekolahan terpaksa ditutup susulan keadaan pandemik COVID-19 yang melanda negara. Buat masa ini, sesi persekolahan hanya dibuka kepada pelajar di Tingkatan 5 dan 6.

Di sebalik kegembiraan para pelajar kali ini, salah seorang pelajar berkongsikan saat duka apabila dia dikejutkan dengan berita pemergian ayah tercinta pada hari pertama kembali ke sekolah. Dalam masa 10 minit sesi pembelajaran dimulakan, dia menerima perkhabaran sedih itu.

“Baru belajar 10 minutes tiba-tiba  guard datang minta izin cikgu nak suruh turun sebab ibu datang. Tahu tahu abah dah tak ada.”

pelajar sekolah

Susulan berita sedih yang diterima itu, dia bergegas berjumpa dengan ayahnya buat kali terakhir. Gambar pelajar tersebut yang masih memakai pakaian seragam sekolah di tanah perkuburan turut membuatkan ramai yang sebak.

Advertisement

Ucapan takziah

Pelajar ini turut menerima pelbagai sokongan dan kata-kata semangat daripada netizen di Twitter. Rata-rata mereka juga mendoakan serta sedekahkan Al-Fatihah buat bapanya yang telah pergi menghadap Ilahi.

Semoga pelajar tersebut diberikan kekuatan untuk menghadapi dugaan ini.

Comments

comments