Viral

Berang Dihon Rampas Petak Parkir, Wanita Tunjuk Isyarat Lucah

Seorang wanita bukan saja menunjukkan isyarat lucah, malah membaling sepasang selipar ke arah sebuah kereta yang dipandu seorang pemandu wanita.
Untitled-1

Menurut pemandu itu, Ann Lim, wanita itu berang kerana dia membunyikan hon setelah wanita itu dan pasangannya merampas petak parkir sedangkan Ann telah menunggu lama dan memberi isyarat untuk masuk ke petak parkir tersebut.


Kejadian itu didakwa berlaku di Langkawi dan cerita yang berlegar di media sosial didakwa berlaku seperti ini:

Perakam: Ini parking kami sudah tungguh lama.
Penyerang: Aku masuk ikut belakang, you tunggu depan.
Perakam: You tahu undang-undang, tak? I sudah bagi signal, hon you sudah, you masuk lagi.
Penyerang: You ada lesen?
Perakam: memang ada la, parking banyak kenapa nak ambil parking I?
Penyerang: Parking banyak, you pergi cari lain.

Video wanita itu menunjukkan isyarat lucah dan menyerang kereta Ann di hadapan seorang kanak-kanak (dipercayai anaknya) boleh ditonton di bawah:

Wanita itu dilihat membaling kedua-dua belah selipar ke arah kereta Ann Lim dan berkaki ayam sahaja selepas itu. Lelaki yang bersama wanita itu pula (dipercayai suaminya) hanya membiarkan wanita itu.

Video kejadian ini dimuat naik oleh Ann ke akaun Facebooknya. Ia kemudiannya telah menjadi viral di Facebook dan Twitter dan menimbulkan kecaman Netizen.


18766495_10154860019163757_7065813252519194439_o

Walaupun cerita dari pihaknya mungkin kedengaran berbeza, tidak sepatutnya beliau sebagai wanita yang mengenakan tudung menunjukkan isyarat dan menyebut perkataan lucah di hadapan seorang kanak-kanak apatah lagi dalam bulan Ramadan yang mulia.

Dan terdapat bukti jelas juga beliau telah menyerang kereta Ann.

Ramadan sepatutnya menjadi bulan kita mempraktikkan kesabaran walaupun sedang berpuasa serta tidak bersikap zalim terhadap orang lain.


Apa pun Netizen sentiasa akan menghiburkan kita dengan komen-komen yang kelakar. – amazingnara.com

Comments 14

  1. Anonymous

    Faham Islam tak akan berlaku pencemaran imej Islam.

  2. budi bahasa budaya kita

    Awak tu sebelum ambil parking x perasan ke ada kereta lain sdg menunggu parking,dah silap awak lps tu awak nak maki hamun dgn rasa x bersalah.. Awak kena belajar lg ttg cara menghormati org lain..zaman skrg ni nak buat apa2 pun kena fikir dlu,dah jd bahan viral br nangis x berlagu…

  3. ilaa jamilaa

    Ujian kenali dri yg sebenar2 nya adlah dbulan ramadhan ni syaitan seme dh diikat..sah2 manusia skrang telalu iktkn nafsu dn perasaan je..harap hormat org lain jgn telalu pentingkan diri sendiri walaupn tau dri sndri salah..sory menyibuk…

  4. Anonymous

    Byk org stress dan sakit jiwa skrg disbbkn kesempitan hidup..otak pun makin sempit jdnya.. baik si pelaku atau si pelaku satu lg.. kedua2 pihak ada berbuat salah laku..sbb tu jd ketidak puasan hati.. cubalah saling menghormati dan bertimbang rasa..org puasa ni cepat marah n hilang sabar dgn perlakuan yg bukan2 tu.

  5. Anonymous

    Byk org stress dan sakit jiwa skrg disbbkn kesempitan hidup..otak pun makin sempit jdnya.. baik si pelaku atau si pelaku satu lg.. kedua2 pihak ada berbuat salah laku..sbb tu jd ketidak puasan hati.. cubalah saling menghormati dan bertimbang rasa..org puasa ni cepat marah n hilang sabar dgn perlakuan yg bukan2 tu. Akak ni bwk2 besabar..sia2 puasa awak tu..baik gi buka puasa mkn abc ke sejukkan badan..?

  6. Anonymous

    Ontah lah nak ckp…baik kayuh basikal je..mcm aku x pyh rebut parking…hehehehe..

  7. Anonymous

    Psyco lady…tiada adap, tidak bersopan, ajaran ape ni???dahlah rampas parking orang lagi nak tunjuk sikap bodoh dia….memang memang memang confirm dia adalah orang yang tidak diajar budi bahasa, bersopan santun, bertoleransi…heeiii banyak lagi boleh dicakap…

  8. Lol

    Omg. Serupa gorilla. Y d husband biar ja bini dia “mengganas” tu? Silap haribulan bole bertenggek dia d kereta amoi ni.

  9. Nir

    Suami dayus isteri nusyuzzzzz……yg kesiannya anak…dpt ajaran yang x melambangkan seorang islam…..

  10. Buat malu kaum and agama je….
    Jangan terperanjat sangat lah esok2 anak dia pun perangai macam tu…. example ‘thorbaeeekkkk’
    *roll eyes*

  11. Taj

    X berfikir lnsung… Allah di bg kita akal dan fikiran.. Guna dgn sebaiknye.. Ngamok x bertmpt.. Skrg dh rase bersalah pulak pd kejadin ni.. Insaf lh..

  12. Anonymous

    dr video sy lihat citer mcm dr sblh pihak jer…byk kesimpulan yg boleh dibuat. msti ada salah laku dr cina dlm keta yg record tu hingga menyebabkan wanita berhijab tu marah…

  13. Anonymous

    Video tu dr hujung je..mcm mana dr mula nya…itu yg perlu d nilai..

  14. Rosa

    Wpun byk pihak kata kita tak tau hal sbnar ataupun video tu separuh jer..bg akak mengamuk sambil baling selipar kat org memang dah salah..apatah lagi tunjuk middle finger gitu..lepas tu buat dpn budak2..eeee laki bini sama jer..

Leave a Reply