Info Semasa

Berita Gembira, Penjawat Awam Selangor Terima Bantuan Khas Raya 2 Bulan Gaji!

Sedang musim perayaan Aidilfitri yang bakal menjelma kurang dari 2 minggu lagi, ramai orang sudah mula memenuhi pusat membeli-belah di seluruh negara. Terutamanya di hujung minggu bagi menjalankan aktiviti membeli-belah sempena persediaan untuk menyambut Hari Raya Aidilfitri.

Memang lumrah hidup rakyat Malaysia beragama Islam akan berbelanja lebih ketika musim perayaan yang besar seperti ini tetapi ini tidaklah menjadi penghalang terutamanya kepada penjawat awam yang bekerja di negersi Selangor.

Menteri Besar Selangor Datuk Seri Mohamed Azmin Ali hari ini mengumumkan bantuan khas kewangan sempena Aidilfitri sebanyak dua bulan gaji kepada kakitangan kerajaan negeri yang akan dibayar 21 Jun ini.

Beliau berkata seramai 17,703 penjawat awam Selangor bakal menerima bantuan kewangan khas itu yang membabitkan peruntukan RM63.3 juta.

“Ini adalah tanda penghargaan kepada penjawat awam di atas komitmen dan dedikasi mereka dalam memaju dan membangunkan negeri Selangor,” kata Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Sumber: Bernama

Leave a Reply