Jenayah

Bertengkar Dengan Teman Lelaki 17 Tahun Kerana Cemburu, Janda Cedera Tertusuk Diri Sendiri.

Seorang janda berusia 25 tahun cedera di pinggang kiri selepas tertikam dirinya sendiri dengan pisau ketika bertengkar dengan teman lelakinya yang berusia 17 tahun di rumahnya di Kubang Rotan, Alor Setar.

Pertengkaran itu dikatakan tercetus kerana cemburu.

Dalam kejadian yang berlaku, lelaki itu cemburu selepas teman wanitanya menghubungi lelaki lain untuk meminta bantuan menghantarnya ke Pulau Pinang untuk melawat bapanya yang sakit.

Wanita itu berkata, sebelum kejadian dia ada menghubungi rakan lelakinya meminta bantuan berkenaan namun disedari teman lelakinya yang datang ke rumah selepas terlihat nombor itu di dalam telefon bimbit seterusnya menyebabkan pertengkaran antara mereka.

Harian Metro melaporkan, lelaki itu juga merupakan anak angkat bapa tirinya.

“Saya yang tidak tahan dipukul kemudian mengambil pisau di dapur untuk mempertahankan diri namun dia datang untuk merampas menyebabkan berlaku pergelutan sebelum saya tertikam diri sendiri sementara dia turut cedera di tangan.

“Darah keluar tidak henti-henti dan keadaan saya sangat lemah dan hanya teringatkan keluarga sebelum teman lelaki menghubungi bapa tiri saya memaklumkan kejadian itu,” katanya.

Bapa tirinya yang tiba tidak lama kemudian terus membawanya ke hospital dan terpaksa menerima empat jahitan sebelum dibenarkan keluar wad hari ini.

“Saya baru sebulan menjalinkan hubungan dengannya dan tidak sangka kejadian ini berlaku namun nekad ingin memutuskan hubungan ini,” katanya.

Suspek telah ditahan reman oleh polis bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Sumber : Harian Metro

Comments 2

  1. mawar

    baru umur 25 tahun dah jadi janda…..

  2. nana

    sekarang ramai kawen muda sbb terpengaruh dgn novel dan drama pukul 7. tp tak pandai nk bawak diri akhirnya bercerai.

Leave a Reply