Viral

Berusaha Sedikit Perbaiki Produk, Jangan Ambil Kertas Tekap Salin Bulat-bulat-Jovian Mandagie

Semalam, Asyalliee melalui akaun Instagramnya mendakwa rekaan pakaian koleksi raya yang dikeluarkan di bawah namanya oleh @SyasyaHabib dibeli pasaran terbuka dan bukan milik sesiapa. Dakwanya dia bebas mengeluarkan rekaan tersebut kerana mengeluarkan kos yang sama, cuma tidak mengenakan harga mengambil keuntungan 300%. Kenyataan ini dikeluarkannya sebagai menjawab dakwaan yang dia telah menciplak rekaan beberapa jenama terkenal untuk menjual busana Koleksi Raya 2017.
JovianAN
Antara produk yang dikeluarkan sebagai Koleksi Raya 2017 oleh Asyalliee by ShashaHabib ialah satu busana yang kelihatan serupa dan saling tak tumpah dengan satu rekaan yang dikeluarkan oleh Jovian Mandagie untuk Koleksi Raya #LisaSurihaniForJovian tahun 2013.


Ini menyebabkan peminat rekaan Jovian bertanya pada pereka itu jika benar rekaan itu bukan rekaan asal Jovian dan hanya rekaan yang dibeli di pasaran terbuka seperti dakwaan Asyalliee. Jovian telah menulis penerangan di akaun Instagramnya:

Saya terpanggil untuk membuat sedikit komen di sini mengenai itu satu jenama yang menciplak satu rekaan #LisaSurihaniForJovian untuk tahun 2013. Jelas, segalanya (kecuali lekapan dan kualiti kerja) sama saja seperti yang dihasilkan Jovian.

Sejujurnya, saya tak terkejut sebab produk ciplak Jovian sudah dijual di pasar Kenanga sejak empat tahun lalu, pihak-pihak tidak bertanggungjawab telah membuat salinan produk-produk terlaris kami dengan gigih.

Pada kami, mereka yang memilih untuk membeli produk ciplak berbanding yang asli itu memalukan, namun mereka yang mengeluarkan produk ciplak dan mengambil kesempatan untuk membuat keuntungan sama saja tidak beretika dan zalim.

Nasihat saya, berhentilah kecam mereka, saya rasa mereka dah dengar semuanya dan ia bukan sesuatu yang baik dilakukan dalam bulan Ramadan. Jangan beli jika anda rasa anda layak memakai yang tulen.

jovianasyallie

Nasihat saya kepada rakan pereka dan pemilik perniagaan di luar sana, terdapat ribuan inspirasi yang boleh anda peroleh dari luar sana dan anda bebas untuk mengambil inspirasi itu, tetapi berusahalah sedikit untuk memperbaiki produk. Jangan ambil kertas tekap dan salin bulan-bulat.

Kepada pemilik jenama tersebut, saya tak bermaksud untuk membunuh perniagaan anda di sini, tetapi saya harap anda bertindak lebih bijak di masa hadapan.

Kepada semua Jovianista, saya dengar semua aduan anda. Terima kasih kerana laporkan tentang ini kepada saya, tetapi setakat ini saja tindakan saya.

Cukuplah, saya tak nak saman-saman naik mahkamah, rezeki banyak lagi di luar sana, Insha-Allah. Saya tahu anda semua takkan beli produk yang bukan produk tulen Jovian. Sayang anda, Jovianista.

Kalau nak beli baju murah www.jovian.com.my/shop tengah sale besar-besaran.

Jadi rasanya jelas di sini bahawa Jovian menafikan yang rekaan busana yang dikeluarkan di bawah jenamanya itu ialah rekaan yang dihasilkan di pasaran terbuka. Namun begitu, Jovian tidak bercadang mengambil tindakan lanjut kerana berpendapat dia masih boleh mencari rezeki dengan menghasilkan rekaan lain dan meminta mereka yang ingin mengambil inspirasi dari rekaan orang lain agar menambah baik rekaan, bukannya menyalin bulat-bulat.

Dakwaan Asyalliee juga menimbulkan perdebatan di kalangan Netizen yang mendakwa kenyataan Asyalliee tidak logik dan alasan untuk melepaskan diri setelah melakukan kesalahan. Ikuti komen-komen bernas Netizen yang juga terdiri dari orang berpengalaman dalam industri fesyen dan rekaan:
1 copy

2 copy

3 copy

4 copy

5 copy
Melalui informasi ini, harapan penulis ialah untuk anda membuat kesimpulan terbaik tentang pilihan pembelian anda. Jika anda mementingkan kualiti sudah tentu yang tulen itu lebih bagus, sebaliknya jika anda mementingkan poket, mungkin patut membeli yang lebih murah walaupun kualiti tidak setanding yang asli kerana andalah berkuasa sebagai pembeli. –amazingnara.com

Leave a Reply