Written by AmazingNara | August 20th, 2010

Ini forward email yang kami terima. Kena check balik dengan JAKIM Malaysia tentang betul ke daging Mcdonald haram @ tak halal. Kes besar nie

Daging Mc Donald Tidak Halal – JAKIM **Penting!!!

Aku memohon keampunan dan perlindungan dari ALLAH S.W.T atas kelemahan dan ketidakupayaan ku.
Tidak lah aku mengharamkan sesuatu yang ALLAH S.W.T halalkan, sesungguhnya perbuatan itu murtad hukumnya.

Ekoran pengumuman dari JAKIM mengenai penarikan balik pengiktirafan dari senarai yang diiktiraf JAKIM berkuatkuasa 15 April 2010 serta bukti kesahihan perkara ini sememangnya mengejutkan aku.

Aku enggan bersubahat dan dilaknat ALLAH S.W.T atas sebab menyembunyikan kebenaran serta kasih sayang ku sesama saudara seIslam seperti sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Tidak sempurna Iman seseorang kamu sehinggalah dia menyayangi saudara seIslamnya seperti mana dia menyayangi dirinya sendiri.” (daripada Anas r.a, riwayat Muslim)

’Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayah, sesudah Kami menerangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.
Kecuali orang-orang yang bertaubat, dan memperbaiki (amal buruk mereka) serta menerangkan (apa yang mereka sembunyikan); maka orang-orang itu, Aku terima taubat mereka, dan Akulah Yang Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani. (Al-Baqarah: 159-160)

Bukti Pertama : http://www.halal.gov.my/v2/index.php?ty=content_view&id=ANN-20100420101427&type=ANN

-Di sini JAKIM telah menyatakan tidak menerima pakai sijil halal dari Uruguay Islamic Centre.
daging mcd haram

Bukti Kedua : Surat dari JAKIM kepada Encik Bob Chan, Pengarah Urusan Mac Food Services (M) Sdn Bhd dan bukti daging berasal dari Uruguay yang tidak memenuhi piawai JAKIM menurut sumber permberi salinan surat ini.

daging mcd haram

Kepada saudara-saudari, sahabat2.. tolong sebar2kan kepada saudara2 kita kat luar sana… Copy paste gambar pun tak pa..

Perbetulkan aku jika ada kesilapan..

Aku telah mnyampaikan… Segalanya ku serahkan kepada-NYA..

mencari redha Allah meskipun mengundang marah manusia.. tidak sekali mencari redha manusia tuk mengundang murka Allah.. InsyaAllah..

-sumber blog

TAGS:
PERHATIAN: Pihak AmazingNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak AmazingNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

54 responses to Biar Betik, Daging McDonald Haram @ Tak Halal

  1. mr.kompius says:

    ermmm… nk kena refer pd mereka yg lebih arif ttg hal ni…
    kita pun x boleh nk maen percaya sembarang jek…
    klu betul daging MCD tu dh diharamkan, kita mmg perlu bertindak..
    pengguna Islam dh pun tertipu…

  2. shafarul azlina says:

    aq rasa semua nie…mcm salah atu kontoversi je…nk lariskan jualan mcd…

  3. fuping says:

    Salam hmmm.. kalau google McD ni resepinyerr asal from California, US. Badan Islam Uruguay memang dah ditarik balik tapi kalau rujuk country halal kat halal.gov website still US masih ada pengiktirafan halal. Sistem Franchise ni kan ke msti comply ngan main pnya jadik kalau dipikir secara logiknya mesti products, recipes, etc from US kan. Chck dari McD website, permission untuk franchisee McD dari US. Moreover, kat halal.gov tu takde pon bgtaw McD ni tak halal. Maybe just surat peringatan agar tidak mengorder atau import goods from uruguay kot. :) From Uruguay tidak diiktiraf. Kene rujuk pakar lagi confirm.

  4. Ptuihh says:

    Alamak..bru mkn mcd ms buke td..mcmane ni?mintak pihak yg arif slesaikn kekusutan ni..terime kasih..

  5. Dah lama stop makan mcD says:

    korang2 yg makan McD ni, xtau ke that every 50cents of ur purchase tuh, McD donate kat israel punye weapon development?? renung-renungkanlah!

  6. GCB LOVERS.... says:

    biar betik????

  7. aries_april says:

    slmt la x mnt sngt ngan MCD…
    tp cam na ngan orng yg stil x tau?
    rmia jga malay yg sllu mkn kat sna?

  8. tOmEii says:

    euuu…nsib baik mint mcflurry jek,.,…huhu

  9. azrul says:

    taip McDonald kat laman web http://www.halal.gov.my tu TIADA pun premis yang halal…

  10. AKU says:

    TP ITU “MC FOOD SERVICES SDN BHD”
    MC DONALD KER?
    SAJE JE NK QUERY….

  11. wanbu says:

    salam Ramadhan…

    Kes McD tak halal nie memang tengah kecoh kat blog-blog nie..
    Tetapi korang semua tak perlu risau kerana semuanya telah selesai kerana pihak JAKIM telah menyatakan daging-daging dari McD halal semuanya…. Perkara nie pun dah lama bulan 4 aritu skrunk dah bulan 8 takkan diaorg tak amik tindakan langsung.

    Untuk lebih kepastian cuba telefon terus ke bahagian Hub Halal, JAKIM. Saya dah hubungi dan mereka cakap semuanya telah selesai. ^_^.

    p/s : saya andaikan kes dia camni. Pihak Hub Halal, JAKIM telah menarik balik lesen dari badan persijilan (Uruguay Islamic Centre). Pastu Mac Food Services merupakan syarikat yang membekalkan daging untuk McD. Mac Food Services import bekalan daging dari Uruguay. Jadinya Sijil Halal JAKIM syarikat mereka di tarik balik. Takkanlah McD ada satu supplyer jerk nak bekalkan daging diaorang bukan! mgkn ader banyak supplyer lain. Jd, bg menjaga kehalalan produk McD diaorg tak lah amik lagi kat syarikat tersebut. Abis citer!. Ini andaian aq jerk… yg lebih tahu pihak Hub Halal, JAKIM, McD ngan Mac Food.

  12. yanz says:

    xlah..main supplier adalah dri MAC ni..cuba check main website McD..
    http://www.mcdonalds.com.my/abtus/corpinfo/milestone.asp

  13. diamon says:

    betul ke tak… yang penting tu kan product boikot. so tinggal je la.. tak yah makan dah.. banyak lagi makanan lain yang lebih berkhasiat..

  14. o-syin says:

    kalau benar perkara ini berlaku, pihak JAKIM sendiri perlu menghebahkan kepada media dengan segera..masih ramai di luar sana yang tidak tahu perkara ini terutama orang ISLAM…BERTINDAK KERANA BENAR…apakah masih mahu melihat orang ISLAM memakan makanan yg tidak halal???

  15. erny says:

    erm………..benar kah iniiiiii~~~~~~ sy sgt suka mkn mcd….. :/

  16. BoikotMcD says:

    Ala, halal ka, tak halal ka, tak ada bezanya, McD tetap produk Israel yang kita patut dan mesti boikot.

  17. akhmal says:

    haah..mmg dari dulu mak & ayah ak x bgi mkn mcd ngan kfc..
    dua2 tue x halal..sbenarnya bnyak lgi yg x halal..

  18. fatah darus says:

    kalau dah rasa xpasti benda tu halal ke haram ke.. lebih baik tinggalkan.. jangan makan. sebab benda yg shubhat macam ni.. yg kite xpasti halal haramnye, hukumnye dh jadi shubhat yg lebih berat kepada haramla…

  19. zaida says:

    yg aq ade terbaca (tapi lupe kat mane), mcD dh ximport daging dari uruguay n skang just import daging dari Austria yg disahkan halal.. so, jgn ragu2 utk makan mcD.. saya suka mcD.. im lovin it.. <3 <3

  20. Afish says:

    salam..minggu lps member saya ada fwd satu emel pasal nie. bila saya tgk balik kat surat tu, takde pulak JAKIM bgtau produk macfood mana yg import dari uruguay.

    “Sehubungan itu pihak tuan dipohon memberi perhatian terhadap keputusan ini dan mengambil tindakan sewajarnya di mana perlu”

    bila baca balik statement ni, member saya yg hantar emel ni tadi terus call Bhgn Halal JAKIM, Puan Hadida (O3-8315 0200)
    beliau telah mengesahkan bahawa produk McD adalah HALAL..
    surat penarikan balik status halal pengedar dr uruguay tersebut adalah sekadar PEMBERITAHUAN kepada mc food services bahawa product dr uruguay tersebut tidak halal dan semua dilarang utk menggunakan produk tersebut

    rasanya semua pengedar makanan dapat surat ni. harap2 takdelah yang nak boikot plak restoran nie disebabkan surat yg dah disalah tafsir. saya cuma kesian anak-anak melayu Islam yg ramai keje kat mcdonald tue.

  21. illa says:

    lucky me never eat mcd..

  22. phisabilillah says:

    sila tonton filem bertajuk FOOD Inc.

  23. eyda says:

    alamak…suka g mcd pasal wifi pereeeee..

  24. me says:

    ISU McDONALD

    Dimaklumkan bahawa JAKIM tidak menggantung / menarik Sijil Pengesahan Halal yang telah diberikan kepada McDONALD / Mac Food Services (M) Sdn Bhd.

    Sekian, terima kasih.

    rujuk sini.
    http://www.halal.gov.my/v2/index.php?ty=content_view&id=NEW-20100823131529&type=NEW

  25. iera says:

    saya setuju ngan pandangan ramai anak-anak melayu keja kat mcd tu. kalau dah semua boikot diaorg nak mkn apa…anak isteri n keluagra mereka nak mkan apa?

  26. madbosco says:

    rezeki ditangan Allah… amat luas rezeki di bumi Allah Taala ini… “Barang siapa yg bertawakal dan menyerah diri pada Allah, nescaya akan ada jalan keluar bagi dirinya”…

  27. wan says:

    biar betol….!! ni dh tmbh lg 1 sbb xmo mkn mcD… plus mmg tak mkn burger dah lps tgk video lembu kena gelek hidup2 dlm mesin pengisar proses dgng burger… ngeri+jijik…

  28. kahoko77 says:

    Sepatutnyer org islam dh lama tau hal ini sbb McDonald kan penyumbang kepada Israel utk menghapuskan umat islam didunia….tapi masih ramai umat islam yg tidak ambil peduli akan hal ini..renungkan lah…sekarang bila dh keluar sijil halal mc D ditarikbalik baru nk gelabah ..sepatutnyer kita dh lama boikot McD dan beberapa restoran fast food di Malaysia..klu masih belum sedar tak tau lahh….

  29. kahoko77 says:

    sy sokong diamon..betul ckp diamon & Boikot McD….

  30. mak yang says:

    bukan le nak sokong McD atau fast food lain. cuma nak beri pandangan, kite ni selalu cepat melatah bila jadi benda2 camni, kenale semak betul2, kalau berita tak betul, dah jadi fitnah tu. lagi dosa besar. walaupun syarikat2 tesebut ada terlibat dgn yahudi, tapi produknya halal. kat oversea pun kadng2 makan kosher food sbb kebanyakannya halal. tapi yg peliknye riba org tak nak boikot plak, dah sah2 haram. trust fund, insuran, asb, fix deposit semuanya riba. tapi bila pasal duit, pasal untung, haram pun tak pe. semua senyap je

  31. Tiffany says:

    Setuju dgn Mak Yang.

    Ya, memang nama company asal pemiliknya berbangsa Yahudi, tapi yg kat Malaysia ni cuma bayar yuran pemilikan nama tu je.

    Duit lain diorg divide pada gaji pekerja, modal nak beli bahan mentah apa sumer.

    Apa ni? Cerita pasal supplier dr Uruguay, pastu mesti ada je yg nak besarkan sampai ke remeh-remeh.

    Tolong la masyarakat Malaysia ni.

  32. runner says:

    saLam…aku x kesaH…aku mkN jE McDonalds…senanG…cepaT…seDaP…menepaTi ciTarasE…nk try doubLe GCB utk bbukE nnT…bismiLLaH…amin…=)

  33. yue says:

    ni dia pengesahan dari pihak jakim pasal isu mcD, baru post semalam tau

    http://www.halal.gov.my/v2/index.php?ty=content_view&id=NEW-20100823131529&type=NEW

  34. alone says:

    kat mana ko tgk. tak jumpa pon aku cari kat youtube

  35. lan says:

    yg aku nak tau pasal McD donate 50 sen utk Israel tu… kalo mcm tu haram la pasal kite bagi duit nak bunuh sedare islam kite… Maaf kalo aku salah… Islam tak halal kan cara kan… kalo dah tau tu paham2 je la…. Rezeki tu Allah yg tentu kan …. Bkn Mcd

  36. kalau nak boikot israel mmg susah…kena start dengan buang computer kau tu dulu…..intel = israel

  37. dri dlu aku dgar crite psl syarikat2 mcm kfc,McD ni.Yg pliknya mne diorg tau sume ni syarikat Israel or diorg ni mnyumbang utk Israel? Ambik cntoh KFC.Untuk pengetuahuan semua, KFC Holdings (M) Bhd adlh milik Kulim (M) Bhd. Kulim ini pulak adalah anak syarikat Johor Corporation. siapa yang tidak tahu sila cari mengenai johor corporation. oleh itu, KFC Holdings (M) Bhd adalah milik malaysia. tiada sebarang keuntungan yang diberikan kepada US mahupun Israel. KFC hanya menggunakan nama. KFC malaysia hanya membayar yuran penggunaan nama sahaja.tapi,lepas KFC jadi anak syarikat Johor Corporation, pengerusinya sedang berusaha untuk membeli KFC di US. ini adalah usaha yang sangat murni. Tan Sri Ali Hashim adalah pengerusinya yang memang mempunyai idea bisnes yang bernas. selain itu juga, dibawah KFC Holdings (M) Bhd terdapat anak syarikat iaitu Pizza Hut,Kedai Ayamas,RasaMas Restaurant,Ayamas Food Corporation Sdn Bhd,Region Food Industries (Sos life),dan bakery ( untuk garlic bread & roti2 di KFC).dan di sini secara x langsung orang2 yg mengatakan KFC mnyumbang kpd Israel dh melakukan fitnah iaitu salah satu dosa yang pling ssah diampunkan Allah.So,sblum mngatakan sesuatu perkara lagi2 yg mncmarkan nma ssuatu pihak,kta kna buat kajian mndlm dulu OK?

  38. danny187 says:

    Kalau kita nak boikot, kita boikot RIBA, JUDI, ARAK, ROKOK, KOMPUTER, TEKNOLOGI, KERETA, PAKAIAN, MINYAK WANGI, ETC…INTERNET, FACEBOOK …MAJORITI ADALAH TEKNOLOGI DAN PRODUK YAHUDI…sebab apa jd mcm ni? sebab ISLAM suruh umatnya rajin tapi hakikatnya ramai yang MALAS.. SOLAT pun malas, macam mana nak masuk syurga? Ramai orang tak solat aku tgk skang ni, puasa ramai plak, tu yg pelik tu..solat baru berapa minit, tu pun tak boleh buat ke?…sedih aku..

  39. danny187 says:

    Kita jangan salahkan YAHUDI, sedangkan kita pun perangai macam YAHUDI..Semuanya dah terhasut gara2 dek ILLUMINATI, FREEMASON

  40. meon says:

    mudah ja.. mulai skrg kita semua makan dkt Radix Fried Chicken..(RFC).. sedap bro..

  41. Yousry says:

    Salaam.
    Aku hairan. Mengapa masih ramai orang Melayu yang mendapat berita seumpama ini, tetapi tidak mahu mempercayainya kerana kononnya, menunggu kesahihan berita ini, walaupun ada banyak BURUKNYA berbanding KEBAIKANNYA makanan hidangan Mcdonald ternyata WAS-WAS.
    Jadi, kita duk makan McD, yang untung kafir.
    Tak rugi kita tak makan McD. Berhentilah makan di McD.

  42. k_x says:

    Bukan masalah hairan. kisahnya mudah sahaja. Ada yang kadang2 terpaksa, kita kena melihat juga. jika kita tahu sesuatu tu haram, biarkan ia haram. jika ia halal, biarkan ia halal. jangan berikan alasan yahudi ke, apa ke. menghalalkan yang yang haram dan mengharamkan yang halal, dosa besar. lagi2 jika fitnah, lagi berganda dosa besar. percaya atau tidak, kita mahukan bukti, maklumlah zaman sekarang, zaman moden, semuanya boleh dipalsukan. itulah sebabnya, dalam satu2 hal, kepastian diperlukan.

  43. Ilham says:

    dah halal sekarang ni!

  44. fancy says:

    Salam..

    Aku heran satu hal jer.. bukan nak tuduh atau fitnah. kentang mcD tu rasa macam pejal dan lemak semacam jer. kentang gred A pun kalau dah goreng takde jadi macam tu pun..

  45. fancy says:

    Kalau dah WAS-WAS tu kan lebih baik JANGAN !

  46. yong says:

    nak selamat…kene berkorban…korban bukan pada duit saja..bukan pada harta benda saja..yg paling penting..mengorbankan kepentingan nafsu…kenapa bnyhk anak2 tak menjadi skrg nih? sbb mungkin daripada pemakanan dan hasil kerja kita yg x brapa pasti..mati mke kalau x mkn benda tuh smua? tiru sepertimana ulama2 silam menjaga makan….hasil keberkatan..baca sajalah sejarahnya!

  47. Anonymous says:

    I do love the way you have framed this situation plus it really does provide us some fodder for thought. On the other hand, from what I have witnessed, I just trust when the feedback pile on that men and women continue to be on point and not get started upon a tirade associated with some other news du jour. Yet, thank you for this exceptional point and although I can not necessarily agree with the idea in totality, I respect your point of view.

  48. JANGAN MAKAN MAKANAN HARAM says:

    salam,kita kena jaga pemakanan jika haram maka akan jadi darah daging sehingga ke anak cucu.
    makanan yg haram menyebabkan ibadah tidak diterima selama 40 hari

    apabila kita memakan makanan yang haram maka kita telah meletakkan diri ke neraka kelak.

    macdonald walaupun dagingnya lembu,ayam , kedengaran halal namun apakah anda belajar hukum sembelihan?apakah anda sekolah agama dahulu?jika anda tidak mengetahui rukun ini di dalam Islam,bagaimanakah anda hendak berikan anak2 anda makan kelak?bagaimana anda hendak beri ibu bapa anda makan?ataupun anda sedia meletakkan anak2 ke lembah neraka juga bersama anda

    Orang yang menyembelih

    a) beragama Islam @ ahli kitab
    b) Baligh ; tidak sah jika kanak-kanak
    c) berakal ; tidak sah jika orang gila

    *Binatang Yang Disembelih
    *Alat Sembelihan

    Hukum sembelihan adalah wajib dan binatang yang mati tanpa disembelih adalah dianggap bangkai, najis dan haram dimakan.

    anda yakin mac donald,kfc dan sewaktu dengannya makanannya halal?disembelih dgn betul?ataupun disembelih dengan mesin?

    apakah anda makan tanpa mengambil peduli halal dan haram!
    fikir sekali lagi!atau anda sedia meletakkan diri ke dalam api neraka?bukan sy yg buat hukum ini,tetapi hukum ini termaktub dalam syariat Islam.
    Ianya adalah perintah Allah S.W.T

    Wassalam

  49. tv amr says:

    For a nice and seeking this information for a little bit. After 2 hours of online browsing, luckily I found it in your site. I ponder why Alexa dont display this sort of useful sites inside the first couple of lines. Normally the initial few web pages are rich in craps. Maybe it’s once again time to make use of other online search engine.

  50. I blog quite often and I truly thank you for your information.
    The article has truly peaked my interest. I am going to bookmark your site and keep checking for new details about once
    a week. I opted in for your RSS feed as well.

  51. I was reading through some of your blog posts on this internet site and I believe this site is real informative ! Retain posting .

  52. yaya says:

    isu makanan yg femes cmni patut kuo tv senang
    tp kita kn perlu menjauhi benda yg syubhah tu lebih selamat..

  53. hafizs says:

    Masalahnya disni JAkiM sila pantau cara peyembelihan pula bgaimana mustahil la barat akn mgikut cara pyembelihan IIslam sb dh terang pgasas dan pmilk Mc d dr barat dan bukan org islam..jgn dsbbkn utk mgaut keuntungan JAKIm ttup mulut

Leave a Comment

Optional