Viral

“Bila Tengok Barang-Barang Ni Kau Akan Rasa Sedar Diri. Faham Apa Sebenarnya Tujuan Hidup.”

Sebenarnya saya dah hadiahkan benda ni untuk diri sendiri ketika birthday saya bulan Januari lepas. Tiada kekuatan nak share..Insyaallah hari ini dibukakan jalan moga ramai yang dapat manfaat dengan perkongsian ini.

Dah bertahun niat nak beli tapi biasalah saya rasa benda ni tak berapa penting maka duit lebih gembira dihabiskan untuk kehendak lain yang harganya lagi berganda daripada barang ni. Terkubur saja niat tertangguh dimakan masa.

Nak dijadikan cerita, saya dipertemukan dengan founder Furaiha Syarifah Furaiha (Fara) ketika event #HIC17 . Muda lagi orangnya. Dari butir katanya saya tahu ketinggian ilmunya tak padan dengan umur.

Dalam perbincangan hingga larut malam kami berborak-borak topik bisnes, kehidupan sampailah dekat topik ni yang semuanya tak terfikir lansung nak cerita..

“BILA TARIKH NAK MATI?”

Beliau bertanya dengan bersahaja kepada salah seorang kenalan yang hampir sebaya dengannya. Nadanya bukan sinikal, dia sempoi bersahaja memang nak kongsi ilmu.

krik..krik.. kami semua berpandangan sesama sendiri.

Haaa seriously seumur hidup saya inilah ‘soalan maut’ pertama yang saya pernah dengar. Berat mulut nak jawab.

Anggaran Umur Saya Mati.

Anda pernah fikir? Ada target?

Ok estimate saya mati umur 60tahun (wallahualam ini anggaran saja) Maka tolak dengan umur sekarang saya ada berbaki lebih kurang 25tahun lagi..aduhai pejam celik sekejap je sebenarnya..

Masa tu beliau terus capai pen melakar-lakar atas kertas tentang MATLAMAT KEMATIAN.

Saya terfikir ok mungkin dia nak cerita tentang Syurga Neraka kot.

Rupanya telahan saya salah.

Matlamat Kematian ini adalah pelan hidup menuju kematian. Maksudnya bila buat formula ni kita dah tahu berapa banyak yang perlu kita ‘invest’ saham akhirat setiap bulan.

Saya ulang. Setiap bulan.

Maknanya kita dah peruntukkan duit tu siap-siap ke cabang saham selepas mati iaitu Ilmu yang bermanfaat, Anak soleh dan Sedekah.

Kita akan nampak berapa figure sebenar yang patut invest berdasarkan Matlamat Kematian masing-masing setiap bulan. Ada lagi detail pecahan tapi panjang ceritanya sebab ada berkesinambungan dengan BIG WHY.

Kemudian entah macam mana buka cerita tentang set jenazah. Fara dah beli pun set tu. Saya pun minta nombor telefon tempat dia beli. Save nama “KAIN KAPAN”, dengan harapan saya insaf.

Balik rumah malam tu pandang ceiling. Pandang kipas berpusing..

Saya selalu terfikir “Adakah aku punya banyak masa lagi?”

Itu kalau ikut target umur. Kalau buatnya esok lusa aku pergi macam mana?

Beberapa hari selepas tu saya belek nombor telefon tu balik. Saya text nombor tu. Tapi tak harap pun prompt reply siap fikir tak reply pun takpelah (teruk kan?)

Tak lama lepas tu orang tu reply. Ok finally lepas berperang perasaan (kejap nak kejap tak nak) saya nekad order set tersebut. Letak alamat dekat rumah parents dekat Seremban (nampak tak excited pun kan nak dapat?)

Sebelum tarikh birthday saya, mak kata ada dapat parcel poslaju. Seriously bila balik rumah tengok bungkusan tu saya rasa kosong.

Takde perasaan. Nak bukak pun takde mood.

“Kan dah kata..Siapa suruh beli..” bisik suara duniawi.

Perlahan-lahan saya buka kotak yang terbalut kemas.

Nampak kain putih … Ada kapas..

Ada bungkusan barang-barang lain dalam plastik. Saya hidu sikit botol tu bau minyak mawar tu menusuk hidung mengingatkan saya kepada jenazah arwah ayah 2 tahun lepas…

Inilah yang aku pakai nanti..
Aku pun bakal menjadi jenazah..
Aku pun bakal ikut jejak Ayah..

Tiada lagi baju cantik bergaya bila bekerja..
Tiada lagi tudung lilit yang selalu kupakai..
Tiada lagi makeup hatta eyeliner kegemaran..
Tiada apa-apa..

Hanya kain kapan ini yang menungguku.

Saya beritahu “Mak kalau ada apa-apa terjadi dekat kakngah atau sesapa , mak guna set ni ya. Orang letak siap-siap dekat hujung katil ni”

Entah macam mana datang kekuatan terkeluar dialog tu depan mak. Beliau terpinga-pinga mengiakan saja barangkali blur kot anak dia buang tebiat.

Masuk bilik balik air mata mengalir deras.

Perasaan yang semacam sebak, takut, insaf semuanya bercampur. Redha memang ini pengakhiranku. Bila tengok barang-barang ni kau akan sedar diri. Kau akan faham tujuan hidup. Kalau nak cerita lebih pun susah sebab kau kena hadap sendiri baru tahu feel nya..

Benarlah kata-kata “Cukuplah Kematian itu Sebaik-baik Pengajaran.”

dan inilah cara saya mengingati kematianku.

Terima kasih banyak-banyak Fara. Moga Allah membalas segala kebaikanmu.

Saya dah setting akaun fesbuk saya kepada link contact pewaris sekiranya saya dah tiada. Kalau nak tahu caranya anda boleh check dekat Account Setting>Security Settings>Legacy Contact

Misi menyebarkan ilmu saya teruskan setiap hari. Itu salah satu saham akhirat dalam Pelan Matlamat Kematian. Saya tak pandai bab agama tapi saya lebih bab ilmu imej, bagi manfaat juga. Apa saja ilmu yang anda ada asal bermanfaat dikira saham akhirat.

Mohon sesiapa yang saya hutang terlupa nak bayar sila pm saya ya. Mohon maaf atas sebarang kesilapan andai ada terkasar bahasa terguris rasa..saya akui saya manusia yang terlalu banyak buat silap dan salah. Moga Allah mengampuni kita semua. Amin.

Kredit : Azlia Idha

Leave a Reply