Viral

Bina Rumah 900sqft RM45k Diatas Tanah Sendiri, Penipuan Terbaru Di Malaysia

Baru baru ini tersebar satu poster sebuah syarikat baru yang menawarkan khidmat membina rumah di atas tanah sendiri dengan harga RM45k untuk rumah seluas 900sgft di atas tanah sendiri.

Syarikat tersebut adalalah DBI Technology, yang dimiliki oleh seorang artis yang membeli title Dr dengan majlis graduasi ala ala majlis sekolah. Menurut info yang dipaparkan, DBI ini menggunakan system baru untuk membina rumah iaitu Interlocking Block System yang kami pernah kongsikan dahulu. System ini memang sangat jimat tetapi ia hanya mengurangkan kos sebanyak 50% sahaja, tidak seperti yang ditawarkan oleh syarikat ini dengan hanya kos 1/4 percent dari kos sebenarnya.

Benda ini menjadi persoalan yang sangat serious di Media Sosial kerana untuk mebina rumah yang mempunyai 3 bilik dan 2 bilik air adalah tidak logo untuk harga RM45k. Rumah teres bantuan kerajaan pun memerlukan RM50,000. Syarikat tersebut sangat berani untuk menawarkan 45k sahaja untuk rumah 900sqft.

Untuk agent bila, Siap nak bagi RM17,000 komisen lagi. Macam mana kira untung? Kira kos untuk buat rumah?

Apa yang sebenarnya digunakan oleh syarikat ini adalah system MLM untuk membina rumah. Punya la nak menipu, sampai pakai system MLM.

Menngunakan modus MLM sudah menjadi kebiasaan bagi menarik minat orang untuk memiliki rumah. Memang tak masuk akal untuk rumah seperti yang ditawarkan oleh syarikat tersebut. Ini merupakan post FB yang menerangkan tentang system yang karut ini.

Diharapkan anda berhati hati dengan tawaran seperti ini, sebarkan untuk mak cik pak cik anda supaya tidak tertipu.

Sumber: twthartanah

Leave a Reply