Info Semasa

Buat Contest Cipta Logo Merdeka Selepas Kecewa Dengan Logo Kemerdekaan 2017

Sambutan Hari Kebangsaan 2017 akan diadakan di Dataran Merdeka pada 31 Ogos ini manakala Hari Malaysia pula pada 16 September di Kota Kinabalu, Sabah.

Sebanyak 12 program utama akan menjadi pengisian Sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2017 di antaranya
Kayuhan Merdeka, Doa Untuk Malaysia, Ambang Merdeka dan Karnival Hari Malaysia

Sambutan Hari Kebangsaan kali ini bakal menampilkan kelainan dengan menghidupkan semula sambutan Hari Kemerdekaan pada 1957.

Tema yang digunakan pada tahun ini adalah “Sehati Sejiwa”

Sehati Sejiwa mencerminkan Kesepaduan, Kesefahaman, Kekitaan dan Kemanusiaan seluruh rakyat di Malaysia
selain melambangkan semangat kesepaduan yang dimiliki oleh semua rakyat tidak kira di mana mereka berada

Namum ada segelintir rakyat yang tidak berpuas hati akan Logo yang digunakan untuk merdeka kali ini dan mengganggap Ijazah yang diperolehi oleh pereka grafik di Malaysia adalah sia sia.

Jika dilihat pada logo di atas, mungkin iya kerana logo yang digunakan adalah terlalu simple. Tidak membawak maksud seperti logo yang digunakan sebelum ini yang menampilkan rekkaan dan unsur yang membawa maksud. Kecuali Logo Merdeka ke-55 lah, Yang tu teruk sangat.

Kes ini membuatkan seorang Pengguna di twitter melakukan contest bagi mengumpul logo Merdeka 2017 yang menarik. Hadiah yang disediakan adalah RM300 beserta t-shirt Reebok Original

Leave a Reply