Buat Pertama Kali Arab Saudi Mungkin Batalkan Musim Haji Untuk Tahun Ini

Arab Saudi dilaporkan kini dalam pertimbangan untuk membatalkan musim haji tahun bagi tahun ini berikutan kes jangkitan COVID-19 di negaranya melonjak melebihi 100,000 kes. Ini merupakan kali pertama berlaku sejak penubuhan negara itu pada 1932.

Menurut pegawai kanan Kementerian Haji dan Umrah di sana, isu tersebut kini sedang ini dikaji dan diteliti dengan pelbagai senario sedang dipertimbangkan. Keputusan rasmi dari kerajaan Arab Saudi akan dibuat dalam masa seminggu lagi.

Musim haji merupakan salah satu perhimpunan keagamaan terbesar di dunia, di mana setiap tahun dilaporkan lebih 2 juta umat Islam akan berhimpunan di tanah suci Mekah.
Hajj
Selepas melonggarkan perintah berkurung pada akhir bulan Mei lalu, dikatakan jumlah kes harian dan kematian di negara itu kembali meningkat.

Arab Saudi setakat ini merekodkan sebanyak 127,541 kes dengan 972 kematian.

Beberapa negara termasuk Malaysia, Indonesia dan Brunei sebelum ini telah mengeluarkan kenyataan membuat keputusan untuk tidak menghantar rakyatnya menunaikan ibadah haji bagi tahun ini.

Advertisement

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Comments

comments