Info Semasa

Campur Daging Babi & Daging Kambing, Syarikat Sejuk Beku Sah Langgar Syarat Permit Import.

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) mengesahkan pengusaha produk sejuk beku tempatan berkenaan telah melanggar syarat permit yang diberikan kepada mereka di mana mereka hanya boleh mengimport daging dari Australia.

Pengarah MAQIS Johor/Melaka, Siti Nur Ahmad berkata, serbuan pemeriksaan yang dilakukan terhadap syarikat berkenaan oleh enam pegawai penguat kuasa MAQIS sehingga jam 7 pagi tadi, kontena terakhir dipercayai mengimport daging lembu dari negara lain iaitu Brazil.

Syarikat itu dikenakan tindakan atas kesalahan pintu masuk mengimport tanpa permit bagi disabit mengikut Seksyen 11 (1) Akta MAQIS 2011, selain Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) sudah diminta bagi menyiasat status import pengusaha tempatan itu berkenaan perakuan logo halal.

“Dalam pemeriksaan awal, MAQIS menemui 160 kotak daging babi disusun secara bercampur dengan 1,142 kotak daging kambing pada kontena pertama, selain kira-kira 30 tan daging kambing, masing-masing pada kontena kedua dan ketiga, manakala kontena terakhir dipercayai mengandungi paru lembu yang diimport dari Brazil.

“Kontena ini bagaimanapun disahkan mempunyai permit untuk membawa hanya daging kambing dari negara Australia dan tiada permit untuk membawa daging dari negara lain.

“Hasil pemeriksaan MAQIS, hanya satu mengikut spesifikasi permit dan peruntukan akta iaitu kontena ketiga, manakala tiga lagi tanpa permit import sah yang dikeluarkan MAQIS,” katanya.

“Sekiranya cukup keterangan selepas siasatan dijalankan, MAQIS boleh mendakwa pengimport dengan izin bertulis dari pendakwa raya mengikut Seksyen 11(1) Akta MAQIS 2011 kerana mengimport tanpa karkas dan permit yang sah.

“Bagi kesalahan mengikut Seksyen 13 kerana memberi permit/perakuan palsu dalam pengimportan, jika sabit kesalahan pengimport boleh didenda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya,” katanya.

Leave a Reply