Written by AmazingNara | March 10th, 2012

Ok ini lagi cute daripada Hagemaru. Nak bela polar bear kat rumah ah. Hehehe

polar bear

Lagi gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | March 6th, 2012

Red Panda kerdil saja lalau nak dibandingkan dengan Panda biasa. Selalunya, seekor Red Panda akan membesar pada saiz seekor kucing peliharaan, walaupun ekor mereka yang berbulu kembang boleh mencecah 18 inci (46 cm). Panda ini menggunakan ekor mereka untuk memanaskan badan di waktu malam. Mereka biasanya ditemui di pergunungan Nepal dan China Tengah.
Photobucket

Mereka menghabiskan kebanyakan masa di atas pokok dan aktif pada waktu malam, dari senja sampai ke subuh.

Red Panda suka makan buluh, tetapi mereka juga makan rebung, buah, dan ubi.

Red Panda ialah spesis yang hampir pupus, mangsa perhutanan. Ruang semula jadi mereka semakin mengecil apabila lebih luas hutan musnah akibat pembalakan dan perluasan projek pertanian.

Lagi 9 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | February 25th, 2012

Monyet itu terkurung di satu tempat, manakala lelaki itu lepas bebas di dunia luar? Atau mungkin kerana dia cemburu lelaki itu lebih kacak dari dirinya? Apa pun kami tidak dapat memastikan kenapa monyet ini cemburu, namun tindakannya cuba menerajang lelaki tersebut dari belakang dengan melakukan aksi gimnastik memang mengagumkan.

Kami kira kalau ini ialah Blog Serius, tajuk entri ini ialah Serius LOL – Monkey Fail. Heheh.

Written by serenity | February 25th, 2012

Shoebill, atau dikalangan orang-orang Arab lebih dikenali sebagai Abu Markub yang bermaksud ‘seseorang yang berkasut’ dikenali kerana bentuk paruhnya yang seperti kasut. Haiwan ini mencari  makanan di kawasan berlumpur, serta makan ikan, katak dan reptilia seperti anak buaya.


Seorang jurugambar amatur berusia 51 tahun bernama Mark Kay telah mengambil gambar seekor Abu Markub yang memindahkan seekor itik yang masuk ke ‘wilayah’nya. Pada mulanya Mark menyangka Abu Markub itu mahu makan itik tersebut, tetapi rupa-rupanya ia hanya memindahkannya saja.

Selepas itik itu dijatuhkan ke tanah, ia kelihatan gementar sebelum pergi manakala Abu Markub pergi dari situ like a boss (seperti seorang majikan?).

Sekarang, ada tak yang berminat menamakan anak mereka Abu Markub?

Shoebill telah diiktiraf sebagai spesis terancam, dengan jumlah 5000 – 8000 ekor saja yang masih tinggal di dunia. Lagi 8 gambar Abu Markub dengan membaca entri ini sepenuhnya.

***

 
Written by serenity | February 24th, 2012

Kucing Scottish Fold memang terkenal kerana sikap yang manja dan kadangkala mereka tampak lebih bijak dari kucing jenis lain. Tapi ini baru pertama kali kami melihat kucing yang pandai ‘meminta’ kepalanya ditepuk.

Jadi, siapa yang nakkan Ocelot tadi, apa kata dapatkan kucing Scottish Fold?

Page 19 of 26« First...10...1718192021...Last »