Meow, Kucing Seberat 18 Kilogram Telah Mati

Masih ingat dengan Meow, si kucing gemuk yang comel? Kami ada membuat entri tentang Meow sebelum ini.

Mary Martin, jurucakap bagi pihak Santa Fe Animal Shelter and Humane Society beberapa jam lepas telah mengemaskini status di Facebook yang kucing dengan berat 39 paun itu telah mati kerana masalah pernafasan.

Untuk pengetahuan anda, masalah obesiti binatang peliharaan berlaku kerana sikap tuan yang memberi makan kepadanya dalam kadar yang berlebihan dan tidak sepatutnya, bukan kerana selera haiwan itu. Ini ialah kerana haiwan peliharaan hanya makan apa yang diberi tuannya.

Pendedahan mengenai Meow telah memberikan banyak maklumat kepada orang awam tentang pemakanan untuk binatang peliharaan. Jadi anda juga harus maklum yang memberi makan secara berlebihan kepada binatang peliharaan akan mendatangkan mudarat pada haiwan tersebut hingga menyebabkan kematian.

Apa pun, pasti ramai yang akan merindui Meow!

 

(20 GAMBAR) Gambar Haiwan Yang Diambil Pada Saat Menarik

Ada banyak gambar haiwan, tetapi kadangkala yang menyebabkan gambar-gambar itu menarik ialah ianya dirakamkan pada saat yang tertentu. Sudah tentu menangkap gambar ini memerlukan kemahiran, dari segi sudut, dedahan dan kelajuan shutter.


Photobucket

Bazar Seni Industri Budaya akan diadakan untuk kali ketiga pada 12 dan 13 Mei 2012 (Sabtu dan Ahad) ini di perkarangan Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur. Kami menantikan individu-individu yang berbakat dalam apa jua bidang seni untuk hadir ke segmen pencungkilan bakat kami pada hari Ahad, 13 Mei 2012 pukul 2.30 petang. Like Fanpage Bazar Seni Industri Budaya untuk keterangan lanjut. “SEMARAKKAN SENI BUDAYA”

Photobucket

Lagi 18 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 

(VIDEO)Katak Yang Pandai Duduk Menjuntaikan Kaki

Biasanya anda lihat katak hanya merangkak atau melompat saja bukan? Tetapi katak dalam video ini luar biasa. Ini ialah kerana katak ini pandai duduk sambil menjuntaikan kaki. Bukan itu saja, katak ini tampak relaxed saja sewaktu aksinya dirakam dalam video oleh individu yang kemudiannya memuat naik rakamannya ke YouTube.

Aksi katak ini mengingatkan kami kepada watak Kermit the Frog. Sudah tentu, video ini menjadi viral di YouTube. Saksikan.

 

Soldier, Hampir Mati Kebuluran Disiksa Tuannya, Kini Kembali Ceria

Sejenis anjing Alsatian telah ditemui hampir mati kebuluran kerana tuannya tidak memberinya makan. Pandangan dari atas menunjukkan anjing tersebut, yang diberi nama Soldier, hanya tinggal rangka ketika dia ditemui oleh inspektor-inspektor RSPCA. Untung dia diselamatkan tepat pada masanya dan bekas tuannya telah didakwa  kerana menyiksa binatang.

Soldier kini mempunyai berat 42kg dan sedang menunggu untuk diambil oleh tuan yang baru selepas kesihatannya dipulihkan di pusat RSPCA di Ashley Health, berdekatan Ringwood, Hampshire.

Apa pun, binatang ialah makhluk tuhan. Kadang-kadang tidak faham, kalau tidak mahu beri makan, mengapa pula tuan yang tidak bertanggungjawab tersebut membela binatang peliharaan?

Soldier, kini ceria, bersama inspektor yang menyelamatkannya, Patrick Bailey.

Mujur tidak tahu siapa tuannya, kalau tidak boleh  ’dipadankan muka’. – Dailymail UK.