Biasanya kita lihat manusia saja bermain lompat tali, tetapi ada haiwan juga yang pandai bermain tali skipping ini. Namun begitu, anjing bernama Tess ini bukan saja pandai bermain lompat tali, tapi pandai melompat Double Dutch, iaitu permainan lompat yang menggunakan dua tali skipping.

Nampak senang je anjing ni melakukan apa yang dianggap sukar oleh sesetengah manusia biasa. Hehe.
Burung-burung liar memang cantik dan berwarna-warni. Burung-burung ini sering diperhatikan dan juga boleh menjadi subjek fotografi yang menarik. Duncan Schroeter, seorang jurugambar juga menggemari burung liar sebagai subjek bidikan kameranya.


Lagi 86 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Kredit gambar pada Wild Bird Trust.
***
Sekiranya anda mempunyai bakat seni: jenaka, bermain muzik, menari atau apa saja, anda berpeluang untuk menampilkan bakat anda di Bazar Seni Industri Budaya. Hadir ke perkarangan Panggung Bandaraya pada pukul 2.30 petang, 15 April 2012 ( Ahad) ini untuk menyerlahkan bakat anda. Hubungi Haris di 03-2052 3600 atau 013-615 9059 untuk pendaftaran / keterangan lanjut.

Kecantikan adalah tertakluk pada mata yang memandang, tapi kami rasa umumnya anda setuju ini adalah antara ikan-ikan tercantik pernah anda lihat. Mesti seronok kalau dapat dipelihara. Sepuluh ekor ikan ini semuanya berlainan jenis, dan merupakan ikan air masin. Kami rasa cantik-cantik pun tidak bermakna ikan ini jinak, ada antaranya yang beracun.
1. Mandarinfish
2. Juvenile Emporer Angel Fish

Lagi 8 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.



comments