Cina mempunyai populasi 50 million lelaki dan perempuan. Industri sex di cina sangat meningkat kerana dasar kerajaan ‘One Child Policy Demographic’. Kilang ini membuat patung perempuan dari silicone dan ianya hampir sempurna. Video ini merupakan laporan dari Thomas Morton iaitu wartawan yang membuat dokumentari tentang china untuk rancangan VICE di HBO. Kami sudah cuba mencari gambar untuk kilang ini tetapi gagal, tak apalah tengok video pun kira ok.
Category Archives: Info Semasa
Di Surabaya buruh membuat rusuhan bagi membantah gaji yang rendah dan keadaan bekerja yang sangat teruk di sana. Gangnam style ini dilakukan oleh hampir 80 pegawai polis wanita dan hampir 5,000 penunjuk perasaan turut serta menari. Boleh dikatakan cara yang diambil oleh pihak polis berkesan bagi menenangkan penunjuk perasaan.


Seterusnya untuk video
Kejadian ini berlaku pada tengah hari 2 May 2013, aktiviti pekerja sebuah syarikat kosmetik yang merangkak mengelilingi Monument Kebebasan di bandar tersebut menarik perhatian orang awam. Menurut siasatan yang dilakukan oleh Biro Keselamatan Awam Chongqing, mereka mendapati syarikat kosmetik tersebut mengarahkan pekerja mereka untuk merangkak mengelilingi monument di hadapan orang awam bagi melatih pekerja untuk berurusan dengan tekanan di tempat kerja. Cara mendidik yang ditunjukkan oleh syarikat kosmetik tersebut sangat tidak bermoral dan orang awam di Chongqing mengutuk cara yang digunakan oleh syarikat tersebut. Di malaysia, kami tidak pernah nampak lagi aktiviti seperti ini, kalau ada pun mungkin di kem kem tentera. ya dak??



Jepun adalah antara negara yang mempunyai bilangan warga tua yang berumur 100 tahun ke atas teramai di dunia. Ia boleh dikatakan tak mustahil kerana Jepun sangat terkenal dengan cara pemakanan mereka yang sihat. Misao Okawa dilahirkan pada 5 Mac 1898 dan dianugerahkan Wanita Tertua Di Dunia oleh Guinness World Records. Beliau berumur 115 tahun dan mempunyai 3 orang anak.


Video ini memaparkan 5 langkah untuk menukarkan daging khinzir ke daging lembu. Terdapat hampir 900 tangkapan telah dilakukan di Cina melibatkan kes memalsukan daging lembu. Mungkin selepas ini anda perlu berhati-hati ketika membeli daging.
