(VIDEO)Ombak Rindu versi Taubat

Thursday, January 26th, 2012

Video ini dimuatnaik oleh seorang yang dinamakan Ustaz Abu Fadzil di YouTube. Lirik yang asalnya berkisar tetang cinta sesama manusia telah diubah liriknya ke arah ketuhanan.

Insaf kami mendengarnya. T-T

***

Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara merupakan sebuah agensi di bawah Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan yang bertanggungjawab melaksanakan aktiviti-aktiviti kesenian dan kebudayaan di Malaysia. kini mempelawa calon yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan yang ditawarkan seperti di bawah.

Maklumat lanjut, hubungi 03-2052 3600.

(VIDEO)Pengembaraan Ke Serata Dunia Dalam Masa 5 Minit

Monday, January 16th, 2012

17 negara. 343 hari. 6237 foto. Satu pengembaraan yang mengagumkan.

Selepas berhenti keja tahun lepas, saya packed beg saya, bawa kamera dan beli satu tiket sehala ke London. 17 negara kemudian, saya kompilasikan video kapsul masa di tempat-tempat menarik yang saya telah pergi.

Kenali saya di:

Facebook
Twitter

Budak Korea Umur 15 Tahun Nyanyi Lagu Adele Macam Adele Sebijik

Saturday, January 14th, 2012

Tajuk entri ini memang agak mengelirukan. Kesimpulan yang cuba dibawakan ialah budak Korea di dalam video di bawah ini masih berusia 15 tahun dan mampu menyanyikan lagu Adele “Rolling In The Deep” Hampir sama 100% dengan penyanyi asalnya. Hebat kan? Ternyata orang Korea memang agak tinggi bakat seninya.

By the way, siapa kat sini layan cerita-cerita drama Korea? Nak jugak tahu kot-kot ramai pengikut dunia hiburan Korea. Bolehlah kami update lebih banyak video-video Korea di blog ini.

(VIDEO)Lembu Nak Jaga…Eh, Moves Like Jagger Versi Acapella Yang Awesome

Friday, January 13th, 2012

Zaman 90′an dulu kita ada kumpulan Acapella, Shades, tetapi kini masing-masing sudah bersara dan menjadi bapa orang pun. Dengan Youtube, banyak bakat-bakat terpendam berpeluang menonjolkan bakat mereka. Contohnya kumpulan remaja di Amerika ini:-

Tak payah guna instrumen studio pun dah sedap dah.

Ayat Quran pada kulit bayi

Monday, January 24th, 2011

MOSCOW – Pakar-pakar perubatan di Rusia bingung berikutan penemuan ayat-ayat suci al-Quran dan Arab pada kulit seorang bayi berusia sembilan bulan di Dagestan, Rusia, lapor sebuah akhbar semalam.

Ayat-ayat itu muncul pada belakang, tangan, kaki dan perut Ali Yakubov pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi diganti dengan beberapa ayat al-Quran baru dua kali seminggu.

Pakar-pakar perubatan Rusia menyatakan, mereka tidak tahu bagaimana fenomena itu boleh berlaku selepas perkataan Allah mula muncul pada dagu bayi tersebut ketika dia berusia beberapa minggu.

Namun, ketika mengulas mengenainya, pakar-pakar perubatan dan keluarga bayi itu mengaku bahawa ayat-ayat suci itu menjelma sendiri pada badan Ali dan bukan ditulis oleh manusia.

“Ali akan berasa kurang sihat manakala suhu badannya meningkat kepada 40 darjah Celsius setiap kali ia berlaku menyebabkan dia menangis,” kata ibunya Madina Yagubova.

Kini, tempat Ali dilahirkan iaitu di Kampung Red Oktober, Dagestan menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat keanehan itu.

Photobucket

Photobucket

Photobucket