Written by Ottel | May 6th, 2013

selalunya bila bercakap tentang dashboard cam russian, kita akan fikirkan tentang keganasan dan perkara yang teruk berlaku tapi kali ini Dash-cams memaparkan keperimanusiaan russian bila berada di jalan raya. Video ini juga menunjukkan bahawa masih ada orang yang baik hati serta berfikir dengan akal dan bukanya otak masih wujud di Rusia. Dalam banyak-bayank benda bernama taik, bukan semuanya busuk. Kuih Taik Itik pun sedap dimakan.

Sumber: Kottke

Written by Ottel | May 5th, 2013

Ini merupakan sambutan kepada status bandar Marseille sebagai European Capital of Culture. Marseille dan Kosice di Slovakia telah dipilih sebagai European Capital of Culture pada tahun ini. Pada tahun 2012 GuimarĂ£es di Portugal dan Maribor, Slovenia telah dipilih sebagai European Capital of Culture. Susunan api yang menarik ni telah diubah oleh pakar “Fire Garden” iaitu Carabosse Company yang merupakan sekumpulan pengiat seni api dari Perancis. Mereka menggunakan 6,000 bekas yang berisi api dan menyusun bekas tersebut di sekitar bandar Marseille.

1

2

3

 
Written by Ottel | May 4th, 2013

Pemadangan dari ketinggian 200 kaki ini sangat menakjubkan dan memukau mata. Cappadocia sangat terkenal dengan pemukaan muka buminya yang menarik akibat pergerakan batu di kawasan itu selepas letusan gunung berapi 9 juta tahun dahulu. Kami teringin nak merasa naik belon panas ni.

1

2

3

 
Written by Ottel | May 3rd, 2013

Pembinaan bangunan sudah wujud sejak dari zaman mesir purba lagi dan mereka sangat terkenal dengan Great Pyramids of Giza kerana teknologi pada zaman mereka mustahil untuk membina bangunan yang besar dan masih kukuh hingga sekarang. Tapi dalam al-quran ada mengatakan yang piramid dibina dengan tanah yang dipanaskan sehingga cair dan tanah yang cair itu digunakan untuk membentuk struktur piramid.

the-most-amazing-construction-projects 1

 
Written by Ottel | May 2nd, 2013

Mereka merupakan pencetus inovasi di dunia dan mereka merupakan genius yang tidak menamatkan pengajian mereka. Inovasi ini kemudian diteruskan oleh genius lain yang menghabiskan pengajian dan mereka yang tidak tamat pengajian kemudian goyang kaki dan kira duit masuk berjuta-juta. Kami rasa ianya berbaloi kerana bila kamu menamatkan pengajian untuk teruskan perkara yang tidak tahu pangkal umbinya tentu sekali kamu dihina oleh masyarakat bukan masyarakat sahaja, keluarga juga turut malu dengan sikap kamu.

famous-scientists-and-inventors-who-dropped-out-of-school 1

 
Page 3 of 4312345...102030...Last »