Amat mengerikan! Tetapi hasil seninya amat mengagumkan. Apa pendapat anda?
Category Archives: Kejam
JUVANA selalunya kanak-kanak ni mempunyai jiwa yang lembut dan baik tapi persoalan sekarang mengapa boleh berlakunya jenayah yang melibatkan kanak-kanak. Admin dulu ada buat satu survey berdasarkan Pengaruh Gangter Dalam Golongan Kanak-kanak dan berdasarkan survey tu pengaruh dari persekitaran yang menyebabkan perkara itu berlaku dan tidak lupa juga kepada pengaruh Filem. Perkara seperti ini perlu dikawal jika tidak golongan yang meningkat dewasa ini akan menjadi JIWA KACAU atau boleh dikatakan GILA/PSYCHO.
Penderaan kanak-kanak ialah satu permasalahan yang wujud hampir di semua negara di seluruh dunia. Saban tahun kita mendengar tentang kes-kes penderaan yang biasanya dilakukan oleh individu-individu yang dikenali oleh mangsa.
Irish Society for the Prevention of Cruelty to Children atau ISPCC telah menerbitkan dua buah iklan yang powerful, salah satunya memaparkan secara langsung penderaan yang dilakukan oleh orang dewasa kepada kanak-kanak dan kesannya.
Walaupun sukar untuk ditonton, ia memberikan gambaran yang jelas tentang kedahsyatan penderaan kanak-kanak. Kadangkala sesuatu seperti itu diperlukan untuk memberikan impak. Beranikah agensi pengiklanan kita menghasilkan sesuatu seperti ini?
***
Bazar Seni Industri Budaya akan diadakan lagi pada 22 dan 23 September 2012, mulai 2.00 petang hingga 10.00 malam. Kali ini program ini akan menampilkan Ismail Jejaka, tarian muzik hip hop, seni persembahan pasukan sorak, tarian berkumpulan dan banyak lagi.
Sekiranya anda ingin mencungkil bakat anda (nyanyian, tarian, lawak dan sebagainya) juga, jangan lupa walk-in pada pukul 2.00 petang, 23 September (Ahad) atau hubungi Haris di 02-2052 3600 untuk keterangan lanjut.
Semalam 11 September 2012, genap 11 tahun Pusat Dagangan Dunia di New York diserang oleh pengganas Al-Qaeda, tapi ianya dikira hari ini di negara kita kerana tarikh kita lebih cepat dari tarikh Amerika Syarikat. Lebih 3,000 nyawa terbunuh dalam kejadian itu, sama ada dari impak hentaman kapal terbang, dari asap tebal, ada yang terjatuh dan ada yang tertimbus bersama runtuhan. Dan hingga ke hari ini, gambar-gambar dari kejadian tersebut masih menimbulkan impak kepada orang ramai.
Kamu tidak nampak kuat sangat sekarang, ujar ahli keluarga mangsa yang terbunuh dalam kejadian pembunuhan beramai-ramai di pawagam di Colorado, Amerika Syarikat oleh James Holmes yang menembak mereka menggunakan senjata api. Mereka berkata demikian sewaktu kes James diperdengarkan di Mahkamah Daerah Arapahoe di Colorado, semalam.
Kejadian tembakan pada tayangan tengah malam The Dark Knight Rises Khamis lepas itu menyebabkan 12 orang terbunuh, manakala 58 orang lagi cedera, ada antaranya parah. Mangsa yang termuda terbunuh hanya berusia enam tahun.
Holmes tidak menunjukkan tanda-tanda menyesal. Dia dikatakan sering meludah ke lantai sewaktu dipenjarakan serta dia juga berfikir yang dia sedang berlakon dalam sebuah filem.

Alex Teves, salah seorang mangsa yang meninggal dunia setelah melompat untuk melindungi teman wanitanya ketika James Holmes melepaskan tembakan
Ibu bapa Alex, Tom Teves dan Caren, memanggil Holmes seorang pengecut.
Jessica Ghawi, seorang penulis ruangan sukan, juga salah seorang mangsa yang mati ditembak.
Lagi 28 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.
***





