Written by Ottel | May 14th, 2013

Lamborghini mengeluarkan versi kedua kereta mereka pada tahun ini untuk menyambut ulang tahun syarikat mereka yang ke-50. Versi pertama adalah Lamborghini Veneno yang hanya dikeluarkan 3 unit sahaja telah diperkenalkan di Pameran Kereta Geneva pada beberapa bulan yang lalu. Model terbaru keluaran Lamborghini ialah Lamborghini Egoista yang mempuyai rekaan yang sangat menarik dan hanya mempunyai satu tempat duduk sahaja. Rekaan ini diilhamkan dari rekaan helikopter Apache dan jentera ini diperkasakan dengan enjin 5.2 liter V10 600 kuasa kuda yang digunakan Lamborghini Gallardo.

 
Written by Ottel | May 11th, 2013

Beberapa hari lepas, kami ada kongsikan post tentang Lamborghini Aventador Milik Jabatan Polis Dubai. Kini kami ingin kongsikan dengan anda koleksi kereta mewah yang dimiliki oleh Jabatan Polis Dubai. Menurut Lieutenant General Dahi Khalfan Tamim iaitu ketua Polis Dubai “Dubai adalah satu bandar yang unik dan ia perlu dipaparkan dengan image yang menarik sebab itulah Ferrari dan Lamborghini dibeli untuk Jabatan Polis”. Boleh nampak pihak Polis Dubai ingin menonjolkan image yang mewah sesuai dengan Dubai yang dikenali sebagai bandar yang termahal di dunia.

The Collection Of  Dubai Police Supercars (1)

The Collection Of  Dubai Police Supercars (2)

 
Written by Ottel | May 7th, 2013

Dubai sangat terkenal dengan kekayaan mereka, semua nak nampak mewah kalau boleh basikal pun nak nampak mewah. Lamborghini Aventador dijual pada harga RM2.8 juta di malaysia dan didatangkan bersama jaminan tiga tahun. Polis malaysia pun pakai Mitsubishi Lancer je lepas tu yang lain klon(Inspira). Tapi still dapat kejar kereta lain yang laju kan, bukan nak tunjuk mewah pun asal dapat guna sudah. Tak baik bazir duit ni.

1

New Dubai police Lamborghini Aventador

New Dubai police Lamborghini Aventador

 
Written by Ottel | May 6th, 2013

Kami pasti ramai peminat tegar kenderaan Honda Accord di luar sana. Peminat kereta ini bukan sahaja dari golongan muda malahan golongan tua juga sangat memuja kereta ini. Admin boleh lihat sendiri kerana ayah kawan admin dan juga bapa saudara admin merupakan peminat tegar kereta ni. Ayah kawan admin masih menyimpan kereta Honda Accord tahun 1990-93 di rumah beliau dan kereta tersebut berada dalam keadaan terbaik seperti baru keluar kedai. Bapa saudara admin juga memandu kereta Honda Accord 2008-12 selepas menjual kereta versi 1998-02 miliknya. Di malaysia banyak terdapat kelub kereta Honda Accord dan sememangnya kereta ini masih releven dengan naik taraf yang baru dalam perkembangan kereta dari syarikat lain.

history-of-honda-accord_1

 
Written by liyanalunia | April 5th, 2013

544676_572753792742689_397571370_n

Penunggang Motosikal,
Seluruh Negeri,
Malaysia.
_____________________________________________________

Surat buat Pemandu Kenderaan 4 tayar dan ke atas,
Seluruh Negeri,
Malaysia.

Tuan/Puan

Saya mewakili penunggang motorsikal seluruhnya ingin berpesan dan berkongsi kepada pemandu-pemandu kereta yang tidak pernah berpengalaman menjadi penunggang motorsikal atau yang tidak memahami perasaan menjadi penunggang motorsikal bahawa:

Kami berhak menunggang motorsikal di dalam lorong utama. Bukan hanya menunggang di lorong kecemasan. Kerana kami juga bayar cukai JALAN. Bukan cukai LORONG KECEMASAN. Tidak perlu bunyikan hon atau nyalakan lampu tinggi kepada kami.

2) Jika pemandu kereta ingin memotong kereta di hadapan, dan ada penunggang motor di laluan bertentangan, kami layak di hormati. Jangan memotong dengan tanggapan bahawa kami kecil dan boleh mengelak.

3) Di kawasan sesak, tolong lihat belakang dan sisi terlebih dahulu sebelum menukarĀ  lorong, sebab yang parah bukan anda tapi kami.

4) Penunggang motorsikal seperti kami BUKAN mat rempit. Kami layak dihormati sama seperti orang lain.

5)Kepada pemandu kereta yang merokok, jangan sesuka hati mencampakkan puntung rokok ke luar tingkap. Perhatikan dahulu jika ada penunggang motorsikal atau pengguna jalanraya yang lain. Puntung rokok yang masih berbara itu berkemungkinan termasuk ke dalam pakaian penunggang motorsikal dan membahayakan kami.

6) Jangan hina kami hanya kerana kami menunggang motorsikal. Allah dah turunkan rezeki masing-masing. Tak perlu berbangga dengan harta dunia.

Sekian.

Yang menunggang motorsikal…

00344822Motorcycle Crash

Page 1 of 712345...Last »