Written by AmazingNara | October 4th, 2010

BAJU CINTA.

Seorang nenek datang menziarahi rumah cucu perempuannya yang baru berkahwin.

Setelah membunyikan loceng, si nenek terkejut kerana mendapati cucu perempuannya membuka pintu tanpa seurat benang pun di badannya.

Belum sempat si nenek bertanya, si cucu berkata,

“Saya sedang menunggu suami saya pulang dari berkerja ni nek!”

“Yang kau telanjang tu kenape!!!??? ” marah si nenek.

” Ala nek, ini la BAJU CINTA saya,” balas si cucu perempuannya.

“BAJU CINTA ??” si nenek kehairanan.

“Ya, suami saya menyukainya dan saya juga begitu senang MEMAKAInya
Saya harap nenek balik dulu sebelum suami saya pulang kerana tentu suami saya akan berasa malu melihat saya memakai BAJU CINTA ini di hadapan nenek.”
Pinta si cucu dengan penuh hormat.

Si nenek faham kehendak cucunya. Dia fikir mungkin itu cara terbaru si isteri melayan sang suami…

Di dalam perjalanan pulang si nenek mendapat idea ..Fikirnya, dengan mengikut cara cucunya, sudah tentu dia dapat mengeratkan hubungannya dengan si atok (suaminya) yang sudah berumur.

Sesampainya di rumah, si nenek terus menanggalkan semua pakaiannya,mandi, berbedak dan memakai minyak wangi sewangi- wanginya.Dia menuggu kepulangan suaminya dengan sabar.

Beberapa ketika si Atok pun pulang. Sebaik saja pintu di buka, si Atok terkejut sakan melihat si nenek (isterinya) berbogel di depan pintu.

“Awat hang nie? Dah buang tebiat keee???” marah si Atok.

“Ini lah BAJU CINTA saya bang” kata si nenek.

“BAJU CINTA???….. . Kok iye pun, IRON la dulu baju tu!!berkedut sgt nampaknya..”

Pengajaran: Gosoklah baju sebelum pergi kerja.

Written by AmazingNara | October 2nd, 2010

Super cool ~~ Bila MAS ngan Air Asia nak suruh pramugari dia buat camnie lak. Siap guna lagu Lady Gaga lagi tue.

Written by AmazingNara | September 30th, 2010

Ditujukan khas kepada sesiapa yang sakit hati supaya senang hati Senyum selalu

Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Kenapa kau nak jolok pakai galah
Sebab cempedak tu dah jatuh kat luar pagar.

Kalau ada sumur di ladang
Bolehlah hamba menumpang mandi
Patutlah bau badan kau busuk semacam
Bilik air ada, buat apa kau mandi kat ladang..

Lagi pantun dengan membaca artikel ini sepenuhnya

 
Written by AmazingNara | September 29th, 2010

gambar pondan afrika

Kalau anda baru lepas makan nasik lemak untuk sarapan tadi, sila jangan tengok gambar-gambar pondan Afrika nie. Kang ada yang muntah darah kang.

Lagi gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

 
Written by AmazingNara | September 28th, 2010

Tahukah Anda!!!

1. Tahukah anda?..Apabila kita membuang air kecil, badan kita akan menjadi sejuk kerana telah melepaskan haba melalui bahan kumuh. Jika kita men’gencing’ orang lain, maka haba akan terlepas dari badan orang itu lalu kita akan dilempang olehnya.

2. Percayakah anda?..Wanita mengelipkan mata dua kali lebih kerap daripada lelaki dan jantung wanita juga berdegup lebih laju berbanding jantung lelaki. Tapi percayakah juga anda bahawa, lelaki selalu ada dua mata air dan jantung mereka juga berdegup dengan lebih laju jika diketahui oleh isteri.

3. Terdapat kira-kira 3,000 spesis pokok dalam setiap kawasan seluas 1.6 km persegi di hutan Amazon dimana jika seseorang bernama Amran memasuki kawasan itu, beliau berkemungkinan akan tersesat selama 3,000 jam jika tidak membawa kompas.

4. Uri Geller, ahli psikik terkenal yang dilahirkan pada 20 Disember 1946, mengatakan bahawa kebolehan luar biasa yang dimilikinya itu berasal dari planet Hoova dan kadangkala dia juga memekik sambil mengatakan yang dia adalah seorang Ultraman!.

5. Tahukah anda?..Manusia hanya menggunakan 10% daripada otaknya. Tetapi ini tidak bermakna baki 90% lagi perlu dibuang kerana jika dibuang sudah terbuktilah manusia itu dari jenis yang tidak ada otak!!.

Baca lagi untuk fakta-fakta yang boleh buat anda mereng.

 
Page 42 of 57« First...102030...4041424344...50...Last »