(Gambar) 10 Jalan Raya Paling Ekstrim Dan Berbahaya Di Dunia

Kalau di Malaysia Jalan  ke Cameron highland dan Genting Highland adalah Jalan Raya yang ekstrim dan banyak kes kemalangan di sana.Bayangkan la kalau Jalan Raya di bawah ini ada di Malaysia..

1. Atlas Mountains Road , Morocco.

 

(13 GAMBAR)Aksi Menaiki Motor Yang Facepalm

 

Motorsikal sering menjadi pilihan kerana saiznya yang kecil, agak mudah membelok dan mencilok untuk keluar bila berlaku kesesakan. Cuma mungkin kekurangannya ialah tidak berbumbung, menyebabkan penunggang basah apabila hujan, dan juga tempat duduknya khusus untuk seorang penumpang di belakang dan seorang penumpang kecil di hadapan. Kalau nak bawa ramai penumpang, naik keretalah kan. Tapi apa terjadi kalau nak juga bawa ramai penumpang?
PhotobucketMotor aku, suka hati aku katanya, layan. Lagi 12 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 

Lelaki Thai Kahwini Mayat Kekasih Untuk Tunaikan Impian Perkahwinan

Dalam satu upacara kombinasi perkahwinan dan pengebumian yang menyayat hati, Chadil Deffy telah mengahwini kekasihnya yang sudah meninggal dunia. Upacara itu berlangsung di Surin, sebuah bandar di bahagian utara Thailand, 4 Januari lepas.

Pasangan ini telah bercinta selama 10 tahun dan beberapa kali menangguhkan perkahwinan kerana Deffy ingin menamatkan pengajiannya sebelum berkahwin. Tetapi apabila Kamsook meninggal dunia kerana kecederaan serius dari satu kemalangan kereta, impian pasangan ini berkecai.

Apa yang mungkin lebih menyedihkan ialah walaupun cedera parah dari kemalangan kereta, Kamsook sepatutnya boleh diselamatkan, tetapi setelah menunggu selama enam jam di hospital dalam satu unit rawatan rapi yang sesak, Kamsook meninggal dunia.

Deffy yang patah hati tidak mahu Kamsook dikebumikan tanpa menunaikan impian kekasihnya itu, telah menyarungkan cincin ke jari manis Kamsook dalam satu perkahwinan Buddha.

Seluruh Thailand telah menonton dalam televisyen kebangsaan bagaimana Deffy menunjukkan cintanya yang mendalam dan kesetiaannya pada mayat Sarinya.

Cinta sejati tidak akan mati? Mungkin juga.

Sumber.

 

Lelaki Thai Curi 10,000 Seluar Dalam Wanita, Hidu Seluar Dalam Ketika Memandu

Sesetengah orang mempunyai hobi yang pelik, tetapi kalau hobi yang pelik itu tidak mengganggu orang mungkin juga tidak ada apa-apa masalah.

Walau bagaimanapun, seorang lelaki di Thailand mungkin ‘terlebih sudah’. Ini ialah kerana pihak polis telah menahan beliau apabila mendapati terdapat 1,000 helai seluar dalam wanita dalam keretanya, dan lebih mengejutkan, polis menemui 10,000 helai lagi ketika rumahnya digeledah.

Lelaki berusia 48 tahun itu ditahan dengan seorang rakan penjenayah apabila dia memecah masuk ke sebuah bangunan di kawasan Chinatown, Bangkok. Suspek telah mengakui pada polis yang dia telah mencuri dan menyimpan seluar dalam wanita sejak berusia 18 tahun. Tetapi itu juga mungkin bukan yang paling buruk tentangnya.

“Dia sentiasa menghidu seluar-seluar dalam itu, walaupun semasa memandu,” kata Mejar Jeneral Saroj Promcharoen.

Yang lebih kelakar, mereka boleh mendakwa beliau kerana memecah masuk, tetapi tidak untuk mencuri kerana tiada siapa yang membuat laporan mengenai kehilangan seluar dalam, jadi tidak ada plaintif.

Sumber.