- Malaysia menduduki tempat pertama di kalangan negara ASEAN dari segi paling ramai rakyatnya memiliki obesiti dan tempat keenam di kalangan negara Asia Pasifik.
- Rakyat Malaysia suka mengambil makanan berlebihan terutamanya ketika makan di restoran ataupun hidangan bufet.”Mereka berbuat begitu mungkin kerana malas mahu pergi semula makanan atau risau jika makanan akan habis sebelum mereka mengambilnya semula.”
- Tabiat pemakanan rakyat Malaysia menyebabkan sejumlah 930 tan makanan dibazirkan setiap hari kerana tidak dimakan.Jumlah itu bersamaan dengan membuang sebanyak 93,000 beg beras 10 kilogram (kg) setiap hari.mstar
- Perunding Marditech, Ahmad Zamzam Mohamed berkata negara kita sebenarnya sedang berada dalam satu krisis makanan dan rakyat perlu mengubah tabiat pemakanan bagi mengurangkan kesan daripada krisis tersebut.”Kita patut belajar untuk makan mengikut keperluan dan tidak memanjakan diri.”
Semakin ramai rakyat Malaysia mengalami obesiti semakin murah makanan di Malaysia..Tak percaya ?
- Dengan harga maksimum RM2 bagi sarapan pagi dan RM4 bagi makan tengah hari, Menu Rakyat 1Malaysia menawarkan pakej menu makanan popular pada harga yang sangat berpatutan yang tidak mungkin kita jumpa di mana-mana negara di dunia ini.Sumber Utusan
- Tidak dinafikan Malaysia terkenal dengan jolokan Syurga Makanan.Pelbagai jenis masakan dan resepi boleh didapati di Malaysia. Namun, lambakan makanan seperti ini mendedahkan rakyat Malaysia kepada masalah obesiti dan kegemukan.
- Jika di negara lain, rakyat mereka mati kerana tak cukup makan, tapi di Malaysia, rakyatnya mati kerana terlebih makan. Begitu sinis dan mendalam sekali anggapan demikian. Pada masa lalu, kebiasaannya orang makan dua kali sehari, iaitu tengah hari dan malam. Tetapi pada hari ini, kebanyakannya makan lima hingga enam kali sehari termasuk makan lewat malam di kedai Mamak.
Apa yang cuba disampaikan disini..Semasa kita sedang hidup bersenang-lenang jagalah kesihatan dan buanglah tabiat suka membazir dan video dibawah inilah yang memberi inspirasi kepada abang nara untuk menulis post ini.
(Video) Kisah Benar Seorang Pemuda Mencari Rezeki.Anda HARUS tonton :












comments