(19 GAMBAR)Rekaan Kek Yang Menakutkan

Biasanya kita sukakan kek yang cantik dan comel. Kadangkala rasa sayang nak makan kek yang cantik tu, sebab terlalu cantik untuk disimpan di dalam perut. Tapi kalau rekaan kek yang menakutkan, anda rasa selera tak nak makan? Hehe. Entri ini mengkompilasikan 19 gambar kek yang direka menakutkan.

Photobucket

Mungkin selepas ini orang kita yang terkenal kreatif gila akan membuat kek berhiaskan Cik Pon dan toyol pula. Gambar-gambar seterusnya boleh anda lihat dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 

Roti Buaya

Pelik tapi benar, pengantin lelaki akan menghantar roti buaya sebagai hantaran wajib kepada pengantin perempuan mengikut adat betawi.

Bayangkan atas dulang hantaran, ada buaya macam kat bawah ni

Jangan terkejut tiba-tiba atas dulang hantaran ada buaya dan kalau anda dapat roti buaya yang hangus ni agaknya pengantin lelaki bujang terlajak lah kot!

 

Telur Perisa Air…

Mari kita main masak-masak hari ini. Kita nak masak telur rebus supaya dia jadi kuning-kuning tahi lembu macam kat bawah ni.

Rahsianya adalah air kencing budak sekolah lelaki yang berumur 10 tahun ye. Umur lain tak boleh ye, sebab nanti penyakit tak cure.  Kalau tak sanggup nak rebus sendiri, leh pergi kat Zhejiang, China dan order telur perisa air kencing ni.

Telur-telur ni dipercayai boleh menyembuhkan demam dan meningkatkan konsentrasi serta menghilang rasa mengantuk!! Apa lagi, sila rembat telur ni masa study week!

p/s: telur yang korang makan lunch tadi sama warna dengan yang ni tak?

 

Kek Hari Lahir

Ada sesiapa nak makan kek?