Written by serenity | July 10th, 2012

Latte ialah sejenis minuman yang menjadi kegemaran ramai orang kerana rasanya yang lazat dan menyegarkan. Panas atau sejuk, ianya merupakan minuman yang laris di pasaran. Di Jepun, sebuah kedai mengambil inisiatif untuk menghias latte jualan mereka dengan lukisan karakter kartun atau anime menggunakan larutan kopi. Pelanggan boleh memilih karakter yang diingini pada latte yang ingin diminum.

PhotobucketPhotobucket

Cantik dan sedap! Lagi 8 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | June 30th, 2012

Ini ialah sandwich seberat 28 paun dengan 35 jenis daging, yang dihasilkan oleh seorang Chef British, Tristan Welch.

Hot dog dan sos cili yang dibuat dirumah yang dibungkus dengan sosej dan bakon. Ya, tiap satunya mungkin mempunyai kadar lemak tepu yang menyamai keperluan lemak anda untuk setahun, tapi rasanya lazat katanya.

Oreo goreng mungkin makanan pencuci mulut paling sedap tapi paling berkalori tinggi. Kalau ikut resipi, ambil seketul Oreo, celupkan dalam bancuhan tepung dan kemudian digoreng tohor sehingga berwarna keemasan. Ada yang nak cuba di rumah?

Sandwich paling berminyak di dunia, dengan menggunakan 9 hirisan bakon, tiga ketul hot dog kukus, cip yang disalut keju dan kuah, satu roti baguette Perancis, 12 biji telur dan sirap maple tulen, mengandungi 207 gram, atau setengah paun lemak.

 Burger Coklat ini ialah ganache coklat putih yang ditutupi lapisan nipis marshmallow yang dibakar secara brioche, dengan sos strawberi dan coklat putih cair di tepi.

 Hot dog cucuk yang bersalut kentang goreng.

Burger bakon yang paling berlemak di dunia.


Milkshake bakon. Pelik kan? Saiz 16 auns mempunyai 773 kalori, 40 gram lemak, dan 75 gram gula.

Burger Luther, atau burger donat ialah burger ham atau keju yang menggunakan donat yang disira dengan gula bagi menggantikan roti ban.Kalorinya ialah di antara 800 hingga 1500 (Nota, seorang wanita berbadan sederhana memerlukan 2000 kalori saja sehari).

Pizza coklat ini ialah pastry nipis yang sedikit panas, ditutupi kepingan coklat yang dicairkan, marshmallow cair, kepingan hazelnut rangup, pisang dan mentega kacang.

Ini ialah burger kura-kura. Nampak comel, tapi ia tidak bermakna ia tidak boleh membuat anda dapat serangan jantung. Ini sebenarnya ialah burger ham, yang disalut keju cheddar, dan berisi bakon dan hot dog yang mewah.

 Coke goreng ini ialah campuran berperisa coca-cola yang dibekukan dan kemudian digoreng tohor, disaluti sirap coca-cola pekat, krim putar, gula kayu manis dan ceri merah. Coke goreng ini popular di texas dan kalorinya sejumlah 830 untuk secawan. Perghh!

Written by serenity | June 4th, 2012

Shin-chan ialah merupakan satu watak dari manga lukisan Yoshito Usui. Ianya cukup popular juga sebagai siri anime. Manga Shin-chan telah berhenti dikeluarkan pada 11 September 2009 berikutan kematian Yoshito Usui. Manga-ka itu ditemui mati terjatuh dari sebuah bukit setelah hilang selama seminggu selepas memulakan aktiviti kegemarannya iaitu mendaki. Namun begitu, karakter Shin-chan tetap popular, dan ramai ibu-ibu Jepun suka menghias kotak makanan tengahari anak-anak mereka dengan karakter Shin Chan.


Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Written by serenity | May 27th, 2012

Ini ialah sandwich daging yang dibuat oleh chef Britain, Tristan Welch. Ianya menggunakan 35 jenis daging yang berbeza, dan beratnya 28 paun.


Photobucket


Photobucket


Photobucket


Photobucket




Betul-betul kenduri sandwich ni.

Written by serenity | May 25th, 2012

Orang-orang Jepun sukakan kreativiti dalam persembahan makanan. Ibu-ibu moden di Jepun pula gemar menghias kotak makanan tengahari (bento) yang dibekalkan untuk anak-anak ke sekolah,, mungkin untuk meningkatkan selera. Memang rajin sekali mereka ini.

PhotobucketPhotobucketLagi 18 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

***

Jangan lupa ke Karnival Belia Berbudaya Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) Sempena Himpunan Jutaan Belia 2012 bertempat di Pentas Utama, perkarangan Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mulai jam 3.00 hingga 6.00 petang, 26 Mei 2012 (Sabtu). Terdapat pelbagai aktiviti menarik serta persembahan dari Azlan Typewriter, Shila Amzah, Suki dan Reshmonu. Juga ditampilkan Kumpulan Drumline, Kumpulan Pergendangan Tradisional, Kumpulan Pergendangan Pelbagai Kaum’ Kumpulan Dikir Kreatif, Persatuan Silat Cekak, Seni Bela Diri Silambam, Seni Bela Diri Wushu, Wakaka Crew dan Kumpulan Muzik Hip-hop. Hadiah menarik menanti anda! Mari bersama memeriahkan Karnival Belia Berbudaya KPKK!

 
Page 4 of 10« First...23456...10...Last »