Written by Ottel | May 15th, 2013

Lego memang agak popular pada masa sekarang. Kami ingin sekali ke Legoland Malaysa, tapi masa yang tidak mengizinkan. Kami ingin berkongsi Lego Versi Casino Royale, sebenarnya ia merupakan video selama 3 minit 29 saat yang dibuat dalam versi lego dan pembikin video ini menghabiskan 3 minggu untuk menyiapkan video ni. Comel pulak tengok Lego 007 ni.

10

9

1

 
Written by Ottel | May 15th, 2013

Kami suka tengok video pasangan ni, mereka serius serasi dan sangat masuk air. Suara mereka juga power.

Written by Ottel | May 15th, 2013

Iron Man merupakan Filem yang sangat popular di kalangan peminat Superhero Marvel. Figura mark Iron Man juga sangat senang untuk dibeli apa masa ini. Kali ini kami ingin berkongsi beberapa gambar mark Iron Man versi karakter superhero lain.

 
Written by Ottel | May 14th, 2013

Lamborghini mengeluarkan versi kedua kereta mereka pada tahun ini untuk menyambut ulang tahun syarikat mereka yang ke-50. Versi pertama adalah Lamborghini Veneno yang hanya dikeluarkan 3 unit sahaja telah diperkenalkan di Pameran Kereta Geneva pada beberapa bulan yang lalu. Model terbaru keluaran Lamborghini ialah Lamborghini Egoista yang mempuyai rekaan yang sangat menarik dan hanya mempunyai satu tempat duduk sahaja. Rekaan ini diilhamkan dari rekaan helikopter Apache dan jentera ini diperkasakan dengan enjin 5.2 liter V10 600 kuasa kuda yang digunakan Lamborghini Gallardo.

 
Written by serenity | May 14th, 2013

Pastinya anda gemar kuih tradisional bukan? Kuih-kuih tradisional sememangnya versatil, boleh dimakan sebagai sarapan, mahupun untuk minum petang. Paling sesuai jika ia dimakan bersama secangkir teh ‘o’ panas atau kopi ‘o’ panas. Memang syok. Petang-petang ini kita mengimbau kuih tradisional yang sering menjadi pilihan untuk sarapan pagi mahupun minum petang. Jom?

1. Putu Piring
Tak ramai orang pandai membuatnya. Ia diperbuat dari tepung beras, gula merah dan dimakan bersama kelapa parut. Cara terbaik beli saja di pasar. Teksturnya yang lembut di luar, basah di inti dan dilengkapkan pula kelapa parut yang lemak masin dilapiskan dengan daun pandan. Kuih ini dikukus sehingga masak. Mengasyikkan.

2. Karipap Pusing
Yang ini tidak sukar untuk dibuat, tetapi ada orang yang tidak gemarkan teksturnya yang rapuh dan kepingan pastri mudah jatuh ke atas baju jika dimakan. Tapi berbaloi bukan? Kibas sajalah serpihan yang jatuh, tak susah pun. Selepas digoreng panas-panas, makan dengan teh ‘o’ panas. Pergh!

Lagi 8 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Page 3 of 6312345...102030...Last »