Written by serenity | April 1st, 2013

Apa yang boleh kami katakan…SERAM. Minta simpang, jumpa tengah malam kami cabut lari.


Lagi 15 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

***
 

 
Written by serenity | April 1st, 2013

Orang Asia memang terkenal dengan kreativitinya. Atas dasar itu, beberapa produk terbaru Asia telah mendapat perhatian kerana ia dianggap ‘terlebih kreatif.

1. Bekas iPhone Yang Boleh Dimakan


Dipasarkan di Jepun, bekas iPhone ini diperbuat dari emping beras dan berharga USD 85 (kira-kira RM 263.20). Ianya mudah pecah tapi sekiranya pecah, anda boleh makan bekas iPhone ini, jadi tak lah rugi sangat. Tapi siapa yang nak bayar untuk emping beras dengan harga RM 263.20?

2. Buah Pear Yang Berbentuk Bayi

Buah pear berbentuk bayi ini boleh didapati dari pasaraya di China. Memang lazat katanya rasa buah ini, tapi anda perlu makan awal-awal, sebab kalau anda simpan dalam peti ais ia akan hidup dan makan ahli keluarga anda sewaktu tidur malam.

Lagi tujuh gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

***

Tak pupus ditelan zaman, JKKN membawakan kepada anda Panggung Seni Tradisional 2013: Opera Kantonis di Auditorium JKKN WPKL, Jalan Tun H.S. Lee, KL pada 6 & 7 April 2012 (Sabtu dan Ahad) pukul 8.30 malam dan 3.30 petang. Tiket biasa berharga RM 20 (diskaun 50% untuk pemegang kad Sahabat Budaya JKKN, pelajar dan kanak-kanak).


Manakala tiket premier berharga RM 50 (tempat duduk eksklusif terhad + makanan/minuman). Tempahan/belian tiket, hubungi 03-20726431/6779!

 
Written by serenity | April 1st, 2013

John Luu ialah seorang budak lelaki berusia 13 tahun. Hobinya ialah bersolek dan berpakaian seperti seorang wanita. Dalam masa yang singkat, John Luu telah berjaya mengumpul berpuluh ribu pengikut di YouTube yang sentiasa menunggu transformasinya yang terbaru.


Bagaimanapun, anda harus beri kredit pada John kerana kami pasti ada lelaki yang boleh tertipu dengan penampilan John yang seperti gadis Kawaii Jepun. Ada yang memuji dan ada yang mengeji, namun John tampak tidak kisah dengan kata-kata orang sekeliling. Video ini misalnya, menunjukkan transformasi John menggunakan alat solekan untuk tampil seperti seorang gadis comel.

Lagi lapan gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

***

 
Written by serenity | March 27th, 2013

Bojana Danilovic, seorang wanita Serbia berusia 28 tahun harus menjalani hidup dalam dunia yang serba terbalik. Sebabnya ialah Bojana Danilovic mempunyai kelainan pada otak yang membuat semuanya tampak terbalik di matanya.

Penyakit yang dihidapinya itu membuat Bojana harus membaca majalah secara terbalik, sehingga dia sering ditegur orang sekeliling.




Bojana yang kini bekerja di Dewan Bandar Uzice mengatakan yang keadaan ini wujud sejak dia lahir. Para pakar saraf di Institut Teknologi Massachusetts (MIT) dan Universiti Harvard mengatakan keadaan Bojana itu dipanggil “fenomena orientasi spatial”.

Para doktor pun tidak mengetahui apa sebab sebenar bagi penyakit tersebut. Namun apa yang pasti, Bojana sebenarnya melihat segalanya dengan normal. Hanya otaknya saja yang menolak dan menggantinya menjadi terbalik.

Keanehannya itu pada awalnya dirasakan oleh ibu bapa Bojana. Mereka lihat Bojana merangkak dan jalan berundur semasa masih bayi. Namun berkat latihan intensif akhirnya Bojana sekarang sudah boleh berjalan ke hadapan. Tetapi untuk hal-hal lain, dia harus menterbalikkan benda-benda untuk menjalankan aktiviti sehari-hari, misalnya televisyen yang ditontonnya.

Written by serenity | March 26th, 2013

Kadang-kadang bosan juga bila makan mi yang berwarna putih dan kuning. Jadi kalau rasa bosan dan teringin nak cuba sesuatu yang baru, bolehlah membuat sendiri mi pelangi. Caranya nampak mudah saja kan?




Jangan risau, walaupun mi ini menggunakan pewarna, bukannya kita makan hari-hari. Sama macam bila kita makan kek pelangi juga. Ada yang nak mencuba?

Page 5 of 22« First...34567...1020...Last »