Written by afique | March 23rd, 2012

Siapa tak kenal kurma yang paling popular di Malaysia berjenama Yusuf Taiyoob, iaitu bersempena dengan nama boss nya sendiri iaitu Datuk Yusuf Taiyoob. Yusuf  Taiyoob memang tidak asing lagi di negara ini kerana sering dikaitkan dengan kurma, apatah lagi jika disebut nama seperti Safia, Wasem, Safina, Amina, Ajmal, Ajwa dan Kurma Madu Yuta.Yang menarik, kompleks kilangnya terletak di lokasi strategik iaitu bersebelahan Lebuh Raya Utara Selatan, sekali gus ribuan pemandu tidak akan terlepas pandang melihat bangunan berwarna coklat cair itu dengan nama Yusuf Taiyoob terpampang besar di satu sudut.

Prinsip utama dalam hidup Yusuf ialah beliau tidak suka bekerja dengan orang lain atau bergelar pekerja tetapi lebih suka menjadi bos biarpun terpaksa melalui pelbagai kesukaran dan pengalaman pahit.“Saya menghadapi banyak kesukaran dalam perniagaan pertama saya iaitu menjual minyak wangi. Pada masa itu saya berumur 21 tahun dan ada pihak langsung tidak memandang saya, tetapi saya bersyukur mendapat bantuan keluarga.“Itu menyedarkan saya, apabila anda tiada kepentingan atau daripada syarikat kecil, orang tidak akan pandang langsung, malah anda akan ditendang ke sana ke sini,” kata bapa kepada tiga anak itu.

 
Written by afique | March 18th, 2012
  • Malaysia menduduki tempat pertama di kalangan negara ASEAN dari segi paling ramai rakyatnya memiliki obesiti dan tempat keenam di kalangan negara Asia Pasifik.
  • Rakyat Malaysia suka mengambil makanan berlebihan terutamanya ketika makan di restoran ataupun hidangan bufet.”Mereka berbuat begitu mungkin kerana malas mahu pergi semula makanan atau risau jika makanan akan habis sebelum mereka mengambilnya semula.”
  • Tabiat pemakanan rakyat Malaysia menyebabkan sejumlah 930 tan makanan dibazirkan setiap hari kerana tidak dimakan.Jumlah itu bersamaan dengan membuang sebanyak 93,000 beg beras 10 kilogram (kg) setiap hari.mstar
  • Perunding Marditech, Ahmad Zamzam Mohamed berkata negara kita sebenarnya sedang berada dalam satu krisis makanan dan rakyat perlu mengubah tabiat pemakanan bagi mengurangkan kesan daripada krisis tersebut.”Kita patut belajar untuk makan mengikut keperluan dan tidak memanjakan diri.”

Semakin ramai rakyat Malaysia mengalami obesiti semakin murah makanan di Malaysia..Tak percaya ?

  • Dengan harga maksimum RM2 bagi sarapan pagi dan RM4 bagi makan tengah hari, Menu Rakyat 1Malaysia menawarkan pakej menu makanan popular pada harga yang sangat berpatutan yang tidak mungkin kita jumpa di mana-mana negara di dunia ini.Sumber Utusan
Restoran Rakyat 1 Malaysia
  • Tidak dinafikan Malaysia terkenal dengan jolokan Syurga Makanan.Pelbagai jenis masakan dan resepi boleh didapati di Malaysia. Namun, lambakan makanan seperti ini mendedahkan rakyat Malaysia kepada masalah obesiti dan kegemukan.
  • Jika di negara lain, rakyat mereka mati kerana tak cukup makan, tapi di Malaysia, rakyatnya mati kerana terlebih makan. Begitu sinis dan mendalam sekali anggapan demikian. Pada masa lalu, kebiasaannya orang makan dua kali sehari, iaitu tengah hari dan malam. Tetapi pada hari ini, kebanyakannya makan lima hingga enam kali sehari termasuk makan lewat malam di kedai Mamak.

 

Apa yang cuba disampaikan disini..Semasa kita sedang hidup bersenang-lenang  jagalah kesihatan dan buanglah tabiat suka membazir dan video dibawah inilah yang memberi inspirasi kepada abang nara untuk menulis post ini.

(Video) Kisah Benar Seorang Pemuda Mencari Rezeki.Anda HARUS tonton :

 

Written by serenity | March 14th, 2012

Rupanya-rupanya ada pelbagai perisa aneh ubat gigi yang diperkenalkan di dalam dunia untuk menarik minat orang ramai bagi menggosok gigi. Kalau anda, adakah akan tertarik untuk menggunakan ubat-ubat gigi berperisa di bawah?

1. Kek Cawan

Photobucket
Lagi 19 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | March 14th, 2012

Mereka tidak akan makan apa-apa lagi buat selamanya. Atas dasar ini, banduan akhir diberi pilihan apa yang ingin dimakan sebelum menjalani hukuman mati. Jurugambar Henry Hargreaves telah menghasilkan semula makanan yang menjadi pilihan sembilan orang penjenayah paling disebut di Amerika Syarikat.

1. Victor Fueger
Makanan terakhir Victor Fueger hanya  sebiji buah zaitun yang diletakkan sedikit sos wain merah bersama pinggan serta sudu dan garfu.
Victor, dari Florida disabitkan bersalah untuk kes penculikan dan pembunuhan. Dia dihukum gantung sampai mati di Iowa Penitentiary pada tahun 1963. Lagi lapan gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

***

Bermacam-macam yang menarik menanti anda di Bazar Seni Industri Budaya, dari 2.00 petang hingga 12.00 malam, 24 dan 25 Mac ini di perkarangan Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur (berdekatan Dataran Merdeka). Pelbagai produk budaya, aktiviti dan artis pun ada, jangan lupa hadir! Untuk maklumat lanjut, like Fanpage Bazar Seni Industri Budaya.

 
Written by afique | March 12th, 2012

Seperti yang semua maklum kereta Bugatti Veyron adalah salah satu kereta terpantas di dunia dan di Malaysia mengikut info dan forum hanya 3 buah sahaja yang berada di Malaysia..Mari kita lihat siapa pemilik kereta tersebut :

 

Buggati Veyron Sultan Johor

Buggati Veyron Mukhzani Mahathir

RM 24,598.50 !!

????

Sempoi je parking situ.

Pemilik ke 3 masih belum diketahui siapa orangnya yang pasti mereka ini mempunyai cita rasa yang tinggi..Tergamam melihat harga RoadTax dan kelajuan kereta ini boleh mencapai 407km/h..Kalau rasa-rasa nak pandu Buggati Veyron ni pergilah beli Game Need For Speed untuk merasai kelajuan Buggati Veyron ni..

Page 30 of 45« First...1020...2829303132...40...Last »