1 April 2012 ini akan menyaksikan season kedua Game of Thrones ditayangkan. Abang Nara dah layan season first. Memang awesome gila cerita ini. Bila tengok trailer 2nd season, keterujaan itu makin bertambah.
Tak sabar rasanya nak menanti. Ada sesiapa kat sini yang layan Game of Thrones?
Karl Wallenda (January 21, 1905 – March 22, 1978) ialah pengasas The Flying Wallendas, sebuah kumpulan keluarga lagak ngeri pejalan tali. Wallenda diketahui sebagai seorang pejalan tali yang sering melakukan aksi yang menimbulkan rasa seriau. Tambah seriau lagi, beliau sering melakukan aksi berjalan atas tali di bahagian atas bangunan tinggi tanpa jaring keselamatan.
Di sepanjang kariernya, Wallenda telah telibat dengan pelbagai tragedi melibatkan keluarganya sewaktu membuat persembahan, tetapi beliau terselamat. Dia terus membuat persembahan kerana itu ialah apa yang dia sukai. Pada 1978, di umur 73, Wallenda cuba berjalan di antara dua menara 10 tingkat Condado Plaza Hotel di San Juan, Puerto Rico.
Wayarnya sepanjang 37 meter (121 kaki) tetapi Wallenda gagal mengimbangkan badannya apabila angin bertiup lebih dari 48 kilometer sejam. Beliau telah terjatuh dan akibatnya terbunuh.
Keluarga Wallenda bagaimana pun mengatakan tragedi itu berlaku kerana “kesilapan pada wayar”, bukannya angin. Seorang krew filem WAPA-TV di San Juan telah merakamkan tragedi itu, dan video itu yang menampilkan narasi Guillermo Jose Torres penuh emosi, telah disiarkan di seluruh dunia.
Inoue Takehiko ialah seorang pelukis manga Jepun yang terkenal. Dia telah melukis dan menulis manga-manga terkenal seperti Slam Dunk dan REAL, manakala untuk genre Seinen, manga seperti Vagabond. Inoue mempunyai peminat sendiri, malah manga Slam Dunk diketahui ramai sebagai manga paling laris dalam sejarah (Naruto, One Piece dan Bleach pun tidak dapat mengalahkannya). Inoue bagaimanapun telah melancarkan satu kempen peribadi melalui Twitternya,sebagai satu usaha untuk meminta masyarakat berdoa untuk mangsa-mangsa Tsunami di Jepun. Dia melukis wajah karakter-karakter sedang senyum untuk usaha ini. Setakat ini sudah lebih dari 200 gambar telah dilukisnya untuk kempen ini. Lagi 8 gambar lukisan Inoue dengan membaca entri ini sepenuhnya. Untuk yang lain, ikuti Twitter Inoue di @inouetake
Biasanya kolam renang hanya dikemaskan menggunakan marmar atau mozek, tanpa ada hiasan tambahan. Walau bagaimanapun, ada juga yang kreatif menghias kolam renang menjadi sesuatu yang cool. Rasa ceria saja bila nak berenang dengan imej-imej 3 dimensi yang meriah melatari kolam-kolam renang ini.
Lagi 11 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Kejadian ini dikatakan berlaku berdekatan Titiwangsa di mana anda boleh lihat dengan mata anda sendiri menerusi gambar di bawah. Daripada apa yang hangat diperkatakan di Facebook, gambar ini adalah real dan bukannya photoshop. Khabarnya satu KL jam kerana tragedi ini.
Seram la pulak kalau jadi salah seorang daripada penumpang LRT tersebut. Apa pun kita tunggu kesahihan gambar ini. Harap-harap semua penumpang selamat.
UPDATE: Ok Abang Nara malu. Benda lama rupanya nie. Hahaha. Boleh baca kat sini. Tahun 2009 rasanya.