Info Semasa, menarik, Tips

Catit Kalendar Anda Kerana Justin Bieber Bakal Membuat Konsert Di Singapura!

Justin Bieber, bintang pop yang kini sedang menjalankan konsert jejalah dunia telah mengesahkan perjalanannya ke kawasan Asia termasuklah Jepun, Hong Kong, Filipina dan kini Singapura!

Justin Bieber baru sahaja menambah satu lagi konsert bertempat di Singapura bagi penjelajahan Purpose World Tour beliau di sekitar Asia yang akan dilangsungkan di Stadium Negara, Singapura pada 7 Oktober akan datang!

Ini merupakan kali ketiga beliau membuat konsert di Singapura selepas 2011 dengan ‘My World’ Tour dan 2013 dengan ‘Believe’ Tour.

Sebelum ini Bieber turut membuat konsert di Malaysia pada tahun 2011 dan juga 2012 untuk MTV World Stage.

Jadi nantikan mana tahu beliau akan turut singgah di Malaysia untuk konsert jelajah dunia kali ini!

Apa-apa pun, buat masa ini, harga tiket bagi persembahan di Singapura adalah antara SGD148 (RM460) hingga SGD298 (RM925).

Pakej VIP turut dijual bermula pada harga SGD708 (RM2,199) hingga SGD1,898 (RM5,896).

Tiket akan mula dijual pada 22 Julai @ 10.00 pagi melalui laman web SportsHub.

Leave a Reply