Santai

Cemerlang Hafazan Quran & Akademik, Ibu Ini Kongsi Petua Mendidik Anak-Anak.

Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Selepas anakanda Husna Mardhiyyah diumumkan sebagai pelajar SPM 2016 terbaik negeri Terengganu (Alhamdulillah thumma Alhamdulillah) & videonya tular di media sosial, agak ramai juga para netizen yang request friend dengan saya walaupn saya hanyalah ibu, bukan tuan empunya diri.

Sebahagiannya dgn permintaan agar saya share macamana cara mendidik Husna hingga berjaya akademik & hafazannya.

Menyedari diri al faqir yang penuh dengan berbagai kelemahan ini, terasa amat segan untuk berkongsi apa-apa. Justeru, saya cuma WS secara personal sedikit perkongsian yang ada.

Allah izin, dlm 3 hari ini ada 2 orang kenalan bertanya lagi berkenaan rahsia mendidik anak.

Teringat kata-kata ummi angkat Husna; Ustazah Muzayyanah Abdullah…kongsikan apa-apa yang baik, kerana ia adalah sumbangan kita untuk ummah.

Justeru, di sini saya buang rasa segan untuk share sesuatu yang saya harapkan akan memberi manfaat kepada sahabat-sahabat.

Sebenarnya tak ada rahsia pun…

Saya didik Husna & anak-anak lain sama je macam sahabat-sahabat lain. Namun, apa yang saya tulis ni adalah untuk memperingatkan diri / revision untuk kebaikan bersama, in shaa Allah.

1. Niat

Yang penting, sebelum kahwin…niatkan nak bina baitul muslim, baitul mu’min & baitul da’wah lillahi taala.

Nak lahirkan generasi soleh & solehah yang boleh menyampaikan Islam kepada yang lain. Seboleh-bolehnya pilih pasangan yang kita rasakan boleh saling lengkap melengkapi ke arah itu.

2. Awal kehamilan

Dari awal kehamilan, sentiasa amalkan membaca 3 surah iaitu Surah Maryam, Luqman & Yusuf.

Sntiasa berzikir & baca Al Quran kepada anak-anak dari sejak lahir lagi. Kalau tak sempat, pasanglah tape-tape mengaji, kurangkan lagu-lagu & hiburan yang lagha.

3. Terapkan gaya hidup Islam

Kalau nak beli CD atau apa sahaja hadiah untuk anak-anak, pastikn ada elemen ilmu. Begitu juga dengan permainan, pastikan boleh membina/menguji minda. Tanamkan minat membaca dengan membeli bahan-bahan bacaan Islamik.

Dari kecil, didik anak untuk menjadikan Islam sebagai cara hidup. Ajar doa-doa harian & segala amalan-amalan wajib & sunat.

Hantar anak-anak ke program pemantapan rohani, contohnya kem hafazan di masa cuti. Penuhi masa lapang anak-anak dengan program-program ilmu.

4. Pemakanan

Pemakanan juga amat penting. Elakkan dari makanan syubhah. Cek betul-betul bahan-bahan sebelum membeli makanan untuk keluarga.

5. Hantar ke sekolah agama

Jika ada kemampuan, hantar anak-anak ke sekolah agama. Kami ibubapa Husna tak mampu nak melengkapkan diri anak-anak dengan ilmu agama yang mendalam kerana kami bukan dari aliran agama.

Saya bekas pelajar MRSM K. Terengganu; graduan TESL ITM/UKM manakala abi Husna bekas pelajar MRSM Kulim & lulusan Professional Accounting dari UK.

Justeru, Husna & adik beradik kami hantar bersekolh rendah di Sekolah Rendah Al Islah; sebuah sekolah agama swasta yang menggunakan kurikulum MUSLEH, yang menekankan keseimbangan dari segi akademik, akhlak & pemantapan rohani.

Memang agak perit dari segi monthly expenses tapi itulah namanya pengorbanan. Semoga menjadi saham akhirat untuk kami.

6. Bawa ke majlis ilmu

Selalu bawa anak-anak ke majlis-majlis ilmu dari kecil lagi.

Untuk tidak mengganggu majlis, kita duduk di belakang atau di luar, supaya gelagat atau kerenah anak-anak kita tidak menjadi distraction kepada orang lain.

Walaupun kita tidak dapat 100% ilmu yang disampaikan kerana terpaksa melayan anak-anak, ini adalah usaha untuk mendapat keberkatan orang-orang alim dengan menghadiri majlis ilmu yang diibaratkan sebagai taman-taman syurga.

7. Jaga hubungan dengan Allah SWT dan manusia

Kunci kejayaan anakanda Husna ialah menjaga hubungan dengan Allah & manusia. Husna selalu mohon maaf & doa restu ibubapa.

Dia amat yakin bahawa doa ibu tiada hijabnya. Kadang-kadang sampai entah berapa kali minta maaf & doa dalam sekali call.

Selalu pesan pada anak-anak untuk jadi orang berguna, bukan hanya pada diri & keluarga tapi juga kepada ummah.

Saya selalu pesan supaya Husna tolong kawan-kawan..walaupn dia sendri kadang-kadang tak sempat study (dia banyak terlibat dengan aktviti luar), bila kawan mai minta tolong ajarkan, jangan hampakan.

Sentiasa tolong orang, in shaa Allah, Allah akan bantu kita. Juga, amat penting juga menghormati guru kerana di situlah letaknya keberkatan ilmu.

8. Doa untuk anak-anak

Sentiasa doakn anak-anak dalam sujud terakhir solat. Saya amalkan doa yang Us Kazim Elias share iaitu ayat 82 dalam Surah Yasin;

Innamaa amruhuu izaa araa dasyai an, an ya quululahu kun ….(masa ni kita doalah apa nak doa dalam hati)…. fayakun. Doa ini juga boleh diamalkan di waktu-waktu lain, bukan hanya dalam sujud trakhir.

9. Jadi contoh terbaik

Dalam mendidik anak, kita perlu jadi role model. Contoh, kalau nak anak yang solat di awal wktu, kita sendiri kena istiqamah.

Kita nak anak yang positif & mengamalkan segala sifat-sifat mahmudah, kita sendiri kena terlebih dulu mengamalkannya.

10. Niat lakukan sebagai ibadah

Sentiasa niatkan segala apa yang kita lakukan sebagai ibadah, ikhlas kerana Allah. Makan pun ibadah jika niatnya untuk menguatkan diri bagi meningkatkan ibadah & kita tidak makan makanan yang haram.

Apatah lagi usaha untuk mendidik & membesarkan anak untuk melahirkan generasi yang berguna kepada ummah.

Juga, dalam melakukan setiap kebaikan, jangan lupa niatkan untuk mengikut sunnah Rasulullah (saw) yang kita kasihi.

Di samping beroleh manfaat dari kebaikan yang kita lakukan, kita juga in shaa Allah akan beroleh pahala berganda kerana mengikut sunnah yang sememangnya satu amal soleh yang disukai Allah.

Wallahu a’lam…sesungguhnya saya masih terlalu amat banyak kelemahan, cuma share sikit-sikit yang saya tahu…semoga bermanfaat.

Mana yang dirasakan baik tu boleh diamalkan..
Yang kurang tu saya mohon berbanyak kemaafan.
Semoga kita sentiasa mendapat redha Allah di dunia & akhirat.

Sumber : Puan Dahliana Mohd Dagang

Leave a Reply