Filem

Chris Evans Mahu Berhenti Berlakon Sebagai Captain America

2019 akan menjadi tahun yang paling sedih buat Marvel dan peminat-peminat Captain America setelah Chris Evans mengumumkan bahawa dia akan berhenti memainkan wataknya itu setelah selesai tayangan Avengers 4.

Menurun satu laporan, Chris Evans telah mengesahkan bahawa wataknya sebagai Captain America bakal berakhir selepas filem ke-4 dalam siri Avengers selesai.

Khabar berita pada awal tahun ini ketika satu temubual bagi mempromosi filem Gifted, Chris Evans memberitahu Rotten Tomatoes, “Saya sudah ada 6 filem dalam kontrak Marvel, jadi selepas siri ke-3 saya boleh berhenti, tetapi mereka mahu teruskan dengan siri ke-3 dan ke-4 sebagai 2 bahagian.”

“Memandangkan terlalu banyak karakter, memang masuk akal ianya dibahagikan kepada 2 bahagian. Dua siri ini akan melengkapkan segalanya.”

Walaupun beliau berhasrat untuk berhenti sebagai watak Captain America, terma perjanjian Chris dengan Marvel masih dibuka untuk rundingan.

Siapakah yang boleh menggantikan Chris Evas sebagai Captain America? Kami sendiri tidak merasakan sesiapa boleh memenuhi karakter beliau yang nampak tegap, sasa, kacak, dan bergaya itu.

Comments 1

  1. go avengers

    wuuaaaa..sedihnya…

Leave a Reply