Automotive, Cool, Info Semasa, Inspirasi, kagum, Sukan

Cristiano Ronaldo Memperagakan Ferrari F12tdf Terbaru Miliknya

Arrived ???

A post shared by Cristiano Ronaldo (@cristiano) on

Tidak semua orang mampu untuk menjadi kaya raya. Dan dalam kalangan orang kaya itu sendiri ada orang yang kaya melampau-lampau. Namun begitu, dengan adahnya duit, tidak semestinya boleh memiliki segalanya.

Tetapi mungkin perkara ini tidak berlaku kepada Cristiano Ronaldo kerana baru-baru ini beliau memperagakan kereta terbaru miliknya, Ferrari F12tdf, melalui akaun Instagram miliknya!

Sebagai seorang atlet bola sepak bertaraf dunia, kehidupan mewah tidak asing lagi baginya. Namun begitu, Ferrari F12tdf ini bukanlah suatu harta yang murah. Ianya dijual pada harga £339,000 (RM1,884,447)!

Ianya merupakan model F12 Berlinetta yang dinaik taraf sebagai tanda penghormatan ke atas Tour de France yang merupakan satu perlumbaan ketahanan yang didominasi oleh Ferrari pada tahun 50-an dan 60-an terutamanya model 1956 250 GT Berlinetta yang memenangi perlumbaan tersebut empat kali berturut-turut.

Seronok betul jadi orang kaya!

Leave a Reply