Tips

“Dah 7 Tahun Pakai, Ini Tips Penjagaan Contact Lens Saya Amalkan Sampai Sekarang”

Saya sudah memakai contact lens selama tujuh tahun. Ada tak yang lebih lama dari saya? Saya nak berkongsi sedikit tips penjagaan contact lens yang mungkin bermanfaat buat para pengguna tegar contact lens di luar sana.

Pertama, saya nak beritahu yang saya pakai contact lens bukan saja-saja nak pakai tetapi sebab saya rabun! Maklumlah pakai cermin mata ini agak leceh, terutamanya bagi ‘hijabster’.

Bagi yang tidak rabun, sepatutnya bersyukur kerana masih boleh melihat dengan terang lagi nyata. Jadi, tak perlulah pakai sekadar untuk saja-saja atau suka-suka.

Okay, kalau nak pakai sangat, saya kongsikan tips berdasarkan pengalaman saya sendiri.

1. Sebelum pakai contact lens, tangan perlu dicuci bersih terlebih dahulu. Seeloknya guna air sabun dan bilas, cuci. Kalau rasa pedih-pedih, cuci semula contact lens. Mungkin masa ada bulu-bulu degil yang melekat di tangan.

2. Selepas letak contact lens dalam mata, titiskan air Renu khas untuk mata bercontact lens. Botol dia sama dengan botol eye glo/eye more.

3. Biasa kita dengar pakai contact lens maximum 8 jam. Jadi, selepas balik dari kenduri, cepat-cepat buang, cuci dan rendam dalam bekas contact lens semula.

4. Air Renu/apa-apa jenama untuk rendam contact lens wajib ada. Jangan sesekali menggunakan air paip. Ingat itu! Air paip takkan sama dengan air contact lens.

5. Contact lens hendaklah sentiasa dicuci. Nak cuci contact lens ada caranya. Bilas dengan air contact lens paling kurang tiga kali. Rujuk video agar lebih faham.

6. Bila contact lens dah ditanggalkan, jangan biarkan mata begitu sahaja. Titiskan dulu dengan Eye Glo agar mata tidak merah dan kering. Saya guna botol warna ungu.

Kalau mata rasa pedih-pedih sampai berair, itu tandanya sebelum itu awak dah bedal sambal belacan. Memang susah nak hilang di tangan walaupun dah basuh dengan sabun. Semoga bermanfaat.

Kredit : Nurul Syafika II 

Comments 1

  1. saya dah guna hampir 17 tahun, dalam masa tersebut, penah 2-3 kali infected, 1x jmpe pakar mata sbb 2 hari mata masih berair…tp Alhamdullilah ok. bila saya baca pos2 lepas ttg contact lens jadi takut juga. Tp sebenarnya saya akui salah satu penyebab terkena jangkitan kerana mengabaikan kebersihan menjaga contact lens…baik dari segi bekas simpanan atau semasa pemakaian. maklum lah nak cepat, tangan lupe nak Dettolkan dengan bersih,..kadang2 air pencuci contact lens juga kena serasi dengan jenis contact lens tersebut.

Leave a Reply