Tips

Dapat Balik Wang RM14k, Wanita Ini Tunjuk Cara Tuntut Wang Di Jabatan Akauntan Negara.

Salam semua. Nak bagi tau kalau sesiapa ada akaun-akaun bank lama yang dah terbiar atau tutup tapi masih ada duit di dalamnya, sebenarnya uoll boleh claim balik. Even rm20, 30 ringgit diorg akan pulangkan pada kita.

Just bawa ic ke Pej. Pendaftar Wang Tak Dituntut di Tingkat 42 Menara Maybank.

Kalau tak pasti just bagi ic diorg cek dan akan diberitahu ada duit untuk dituntut atau tidak. Jika ada kena isi borang seperti yang diarahkan.

Kakyu tak sure yang dapat tu duit apa. Yang tau duit dari Citibank kredit card dan ada diantaranya duit dari syrikat insurance. Kakyu selama ni tak sedar pun syarikat insurance ada bank in kan duit dalam akaun. Akaun tu dah berzaman tutup.

Pergi jangan tak pergi..kena rajin dan usaha sikit haa tu ha dapat rm14k beb!!!

============

Pertama sekali, kita ketahui terlebih dahulu akan apa yang dimaksudkan dengan Wang Tak Dituntut.

1. Wang yang kena dibayar di sisi undang-undang kepada empunya tetapi tidak dibayar dalam satu tempoh masa tidak kurang dari satu (1) tahun.

Contoh dibawah kategori ini ialah:

o gaji, upahan, bonus, komisen dan wang lain yang kena dibayar kepada kakitangan;

o dividen;

o keuntungan yang diisytiharkan untuk dibahagikan;

o tuntutan insurans yang telah diluluskan untuk bayaran;

o draf bank, cashier’s order, dan dokumen lain yang mempunyai fungsi yang serupa di mana tempoh sah lakunya telah luput;

o simpanan tetap (tanpa arahan pembaharuan automatik) yang telah matang;

o cagaran dan deposit apabila tujuan wang itu dikutip telah tercapai.

o Pemiutang pelbagai atau penghutang pelbagai berbaki kredit.

2. Wang dalam kredit sesuatu akaun yang telah tidak dikendalikan oleh empunya dengan apa cara sekalipun dalam satu tempoh masa tidak kurang dari tujuh (7) tahun.

Contoh dibawah kategori ini ialah:

o akaun simpanan;

o akaun semasa;

o Simpanan tetap (yang mempunyai arahan pembaharuan automatik).

3. Wang dalam kredit sesuatu akaun dagangan yang telah tidak dikendalikan melalui apa-apa urusniaga dalam satu tempoh masa tidak kurang dari dua (2) tahun.

o akaun pemiutang dagangan

o akaun penghutang dagangan berbaki kredit

Berdasarkan maklumat di atas, jadi bolehlah kita menuntut kembali baki wang yang ada dalam akaun, dengan syarat mengikut apa yang telah ditetapkan.

Sumber : Pn Idah Bt Basri & Jabatan Akauntan Negara Malaysia

Leave a Reply