Santai

Dapat Hadiah Hari Jadi “Tak Masuk Akal”, Wanita Ini Kongsi “Barangan Dapur” Pemberian Suami

Biarpun hadiah tidak mahal atau ntah apa-apa, sekurang-kurangnya dia ingat. Dan itu apa yang berlaku kepada seorang wanita bernama Liyana yang mendapat hadiah tidak masuk akal dari suaminya sekumpulan barangan-barangan dapur yang dipercayai diambil dari peti sejuk.

Liyana berkongsi kegembiraan itu di laman Facebook miliknya semalam.

“Patut bunyi dung dang dung dang dekat dapur ?” tulisnya di Facebook.

Menerusi foto yang dikongsikan Liyana, kelihatan sedikit makanan yang sudah dimasak, bahan mentah yang dibaluk menggunakan plastik hitam dan sekeping kad hari jadi diberikan oleh suaminya.

Walau sekadar barangan dapur, kegembiraan jelas terpancar di muka Liyana kerana biarpun hadiah itu tidak mempunyai rupa hadiah, sekurang-kurangnya si suami mengingat hari lahirnya.

Bagaimanapun, itu bukan pengakhiran cerita sambutan hari jadi Liyana. Masih ada kejutan yang datang selepas itu.

Kata Liyana, pada jam 12.30 pagi, tiba-tiba ada orang datang mengetuk pintu rumahnya. Dan di situ barulah hadiah-hadiah official dari suami diberikan kepada Liyana.

“Takut i tadi tetiba orang ketuk pintu 12.30am pagi pagi buta pulak sampai tak bagi hubby buka pintu sebab bunyi pelik je ?.

“Hubby pulak pandai berlakon buat muka seposen je. Patutlah dok kacau kita terlena tadi siap cakap jangan lah tidur nanti abang tak sempat wish birthday sayang. Rupa rupanya jeng jeng jeng ?.

Leave a Reply