Kiriman Pembaca

Dari A-Z, Gadis Ini Buat Semuanya Sendiri, Jual Nasi Bajet Di Kodiang

Fenomena ‘Nasi Lemak Anak Dara’ menjadi bualan ramai pihak. Kebetulan pula wajah Siti Hajjar Ramli cantik dan nasi lemak yang dijualnya berharga berpatutan, maka ramai yang memberi sokongan kepada graduan kejuruteraan itu.cikahApa kata kita ikuti kisah Siti Sabirah Ali pula. Beliau dikenali di Kodiang, Kedah sebagai penjual nasi bajet dengan harga serendah RM 1. Apa yang menarik, gadis cekal ini melakukan semua persiapan perniagaannya sendiri. Baca kisah Cik Ah, seperti yang ditulis oleh rakannya, Zaty Khan.

Assalamualaikum.

Saya terpanggil nak menulis sejak memerhati fenomena Nasi Lemak Anak Dara menjadi “viral” 1 Malaysia baru-baru ini. Rezeki beliau serta rupa dan bakat yang ada. Orangnya pun bukan calang-calang berpendidikan, kan.

Saya pun ada seorang kawan jual nasi lemak jugak nama Siti Sabirah. Saya panggil Cik Ah je. Dia jual nasi lemak di market dan di Pekan Kodiang, Kedah. Muda lagi baru 24 tahun. Dia ini anak yatim piatu dan kehidupan mereka sekeluarga serba daif.

Ayah meninggal masa mak dia mengandungkan dia dalam perut. Kiranya masa dia lahir tak sempatlah merasa kasih seorang ayah. Mak dia pula meninggal masa dia umur 18 tahun. Sakit kencing manis.

Cik Ah ini anak bongsu dari tiga beradik. Kakak sulung dah kahwin tinggal asing. Kakak sulung meniaga sayur di market. Kakak nombor dua baru bekerja sebagai jururawat di Selangor selepas dekat lima tahun jugak kerja “lari bidang”. Kerja jurujual, KFC, pam minyak dan bermacam jenis kerja.

Gerai nasi lemak ini arwah mak dia usahakan sejak dari tahun 90-an lagi. Masa kecil dulu Cik Ah dan kakak-kakak dia ini la banyak menolong urus gerai nasik lemak. Masak, tolak kereta sorong, urus gerai, dan macam-macam lagi.

Sampailah sekarang rutin yang sama berulang selepas Cik Ah mewarisi perniagaan nasi lemak ini selepas arwah mak dijemput Ilahi tahun 2010.

Ceritanya dari A sampai Z lah dia buat seorang diri. Masak seorang diri, pacak payung yang besar gedabak tu pun seorang diri. Tolak kereta sorong yang berat tu seorang diri tak kira hujan panas.

Saya sendiri pernah tolong dia tolak kereta sorong. Memang sangat-sangat berat dengan lalu depan lampu isyarat pekan lagi. Orang kiri kanan tengok. Soal malu tu tak payah la cakap. Memang tebal muka.

Tapi Cik Ah ini orang yang berjiwa kental. Dia tak malu buat kerja-kerja macam ini. Memang saya tabik dia. Masyaallah, baru 24 tahun tapi dah galas tanggungjawab yang sangat berat. Bayangkan buat kerja semua seorang diri, yang sepatutnya orang lelaki buat.

Masa sekolah dulu dia boleh dikatakan pelajar pandai. Aktif sukan masa sekolah. Selalu dapat pingat dalam acara sukan.

Tapi malangnya dia tak berpeluang sambung belajar lepas SPM sebab kekangan kewangan. Sebab masa tu tahun 2010 arwah mak dia tenat sakit kencing manis.

Kakak nombor dua pula masih belajar di universiti swasta. Memang memerlukan perbelanjaan tinggi sepanjang pengajian. Jadi dia berkorban dan dahulukan kakak dia habiskan pengajian dulu.

Begitulah kisah Cik Ah. Kita boleh jadikan kisah ini sebagai contoh. Walaupun dia tak berpelajaran tinggi. Dia mampu berdikari dengan bakat yang ada, kekuatan kudrat yang Allah anugerahkan untuk dia meneruskan kehidupan ini.

Kalau netizen boleh viralkan Nasi Lemak Anak Dara, kenapa tidak viralkan nasi lemak gadis dari Kodiang ini? Atas dasar kemanusiaan, jom sama-sama kita menambah pahala kita dengan kongsi dan viralkan perniagaan usahawan muda ini.

Semoga perniagaan beliau semakin dikenali orang ramai dan makin dimurahkan rezeki. Amin.


 photo 14724590_1294668527242562_6084842253006975840_n.jpg
 photo 14731289_1678102489170047_6165994678030536224_n.jpg
 photo 14721605_1678102592503370_4063792761710063111_n.jpg
 photo 14721722_1678102619170034_7530134173697764620_n.jpg
 photo 14718773_1678102542503375_6632244501831783136_n.jpg
 photo 14721565_1678102569170039_8940156609562647728_n.jpg
 photo 14595814_1678102515836711_7308029941009658609_n.jpg
 photo 14581440_1678102405836722_355496166860618040_n.jpg
 photo 14591770_1678102639170032_3122176832038233160_n.jpg
 photo 14666262_1678102389170057_2379892548985163983_n.jpg
 photo 14650282_1678102429170053_2481609962118499769_n.jpg
 photo 14563363_1678102469170049_5575227022233045749_n.jpgamazingnara.com


Comments 5

  1. Anonymous

    Saya selalu beli nasik Cik Ah bile balik Kodiang..semoga Cik Ah berjaya menjadi seorang usahawan yg berjaya..aminn

  2. Anonymous

    Tahniah anda bkl JD jutawan insyaallah

  3. YB Nizam al-banjari

    Terbaeek

  4. rahima

    Saya selalu beli kat dia bila balik kg …lauknya semua sedap sedap…kalau lambat sikit …habis …dia jual kat nat kodiang hr sabtu.semoga berjaya di hr akan datang

  5. Abu Najwa

    Semoga usaha baik che Ah sentiasa diberkati Allah..

Leave a Reply