Info Semasa

Dato Vida Merancang Kolabrasi Bersama LV Untuk Hasilkan Bag Tangan Jenama Sendiri

Selepas menjadi tular dengan lagu “I Am Me”, Dato Vida mempunyai satu rancangan untuk mengeluarkan jenama bag tangan sendiri.

Dato’ Seri Vida (nama sebenar Datuk Seri Dr Hasmiza Othman) merancang berkerjasama dengan jenama fashion terkenal Louis Vuitton (LV) untuk mengeluarkan bag tangan jenama sendiri. Jika anda mengikuti instagram miliknya, pasti anda akan melihat koleksi bag tangan mewah yang dimiliki olehnya.

Menurut Berita Harian, Dato Vida telah beberapa kali mengunjungi butik LV di Paris untuk membincangkan berkenaan kolabrasi tersebut. Nama yang dicadangkan untuk product tersebut adalah DSV LV dan dikatakan bag tersebut akan dijual pada harga RM8,000 ke RM11,000.

Antara berita yang lain, DSV juga merancang untuk berduet bersama penyanyi Korea Psy.

Leave a Reply