Info Semasa, Macam-Macam, Manusia, menarik, Viral

Datuk Seri Vida Merajuk Ramai Kata Beliau Desperate & Gilakan Lelaki

Tolong jgn macam2.. jaga maruah diri, hormati saya atas dasar KEMANUSIAAN . . Ingat saya gelak2 hepi sokmo, takde maruah ke? Kenapa saya marah? Syg tahu kan.. kalau nak ikutkan kuat mmgla saya kuat.. boleh tempuhi isu ibarat nyamuk je ni.. tapi HATI, hanya yang memahami akan cuba mengerti sy . . Tapi.. kdg saya tergelak jgk.. sebab dia memalukan diri sendiri ? cuma tolong hormati saya walaupun JANDA. Itu HAK Allah nak nilai siapa saya.. org yang rapat kenal sy mcm mana . . Wahai wanita sekalian.. pertahankan maruah wanita kita.. saya mohon.. bayangkan saya berjuang.. betapa sedihnya kita dipermainkan . . Nak populariti ke? Ingat saya gatai sangat ke nak laki? Saya nak fokus bisnes saya la.. kalau ada jodoh pun, saya nak yg sanggup hidup dgn saya,, bukan setahun dua je.. tapi yang boleh didik anak.. aturkan bisnes saya.. bukan senang . . Syg semua.. tahukan saya ni wanita, yang punya kudrat yg sama dgn KejAdian wanita lain.. hati jiwa raga yang serupa.. di sebalik kejayaan saya ni . . perjalanan saya amat perih.. ramai orang tak tahu.. doakan saya.. moga dijauhkan dgn orang yang mengkhianati.. didekatkan dengan orang yang mengerti saya.. ye… sy rindu syg2 semua.. muahh ??????

A post shared by Dato' Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on

Rintihan Datuk Seri Vida (DSV) apabila hasratnya untuk mendapatkan kasih sayang seorang lelaki diludah seperti binatang hina apabila rata-rata rakyat Malaysia mengatakan niatnya itu menunjukkan si dia seolah-olah terdesak dan gilakan jantan.

DSV merupakan seorang usahawan yang berjaya. Juga seorang janda. Namun begitu, memang lumrah seorang wanita inginkan kasih sayang seorang lelaki yang ikhlas menyintainya. Siapalah kita untuk menghukum dan mempersoalkan niatnnya itu?

“Nak populariti ke? Ingat saya gatai sangat ke nak laki? Saya nak fokus bisnes saya la…kalau ada jodoh pun, saya nak yang sanggup hidup dengan saya, bukan setahun dua je…tapi yang boleh didik anak…aturkan bisnes saya…bukan senang,” rintihan DSV melalui akaun Instagram miliknya.

Saya bawa hati buat seketika.. Sayang doa saya kuat yer… . . Bagaimanalah.. Janda janda diluar sana..? Hina sangat ke?..

A post shared by Dato' Seri Dr. Hajah Vida (@datoserivida) on

Walau bagaimanapun, netizen yang berfikiran positif turut mengatakan bahawa kisah hidup DSV ini bagaikan percintaan yang mulia antara Siti Khadijah dan Nabi Muhammad di mana wanita tersebut merupakan seorang janda kaya dan jauh lebih berumur daripada Nabi Muhammad ketika perkahwinan mereka.

Apa yang diinginkan oleh DSV ialah seorang lelaki yang kacak dan mempunyai pegangan agama yang kukuh untuk membimbing dirinya dan juga hartanya ke jalan yang benar.

Marilah kita doakan agar DSV temui jodoh yang diidamkan oleh beliau!

Leave a Reply