Viral

“Di AS Sendiri, Pawagam Di Alabama Boikot Beauty and the Beast. Jangan Kita Lebih Sudu Dari Kuah”

Sejak beberapa hari kebelakangan ini, media sosial di Malaysia riuh dengan perdebatan dan perbincangan mengenai filem Beauty and the Beast, terutamanya persoalan-persoalan yang dibangkitkan oleh pejuang keadilan sosial (SJW) dan golongan liberal yang mendakwa pemotongan adegan ‘gay’ dalam filem tersebut seperti permintaan Lembaga Penafisan Filem adalah ‘ketinggalan zaman”
MASLAHATANMasing-masing tampil dengan pelbagai hujah. Bagaimanapun, seorang Pensyarah Pengajian Media dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam, Ahmad Farami, telah menjawab kenapa Beauty and The Beast tak patut ditayangkan di Malaysia. Ia memberi hujah balas pada kesemua persoalan yang dtimbulkan oleh SJWs termasuk oleh selebriti Fazura yang ‘tidak menyangka iman rakyat Malaysia senipis kulit bawang’.


Ahmad Farami menulis:

Laporan terkini Associated Press, Disney batal tayangan Beauty and the Beast (B&B) di Malaysia, setelah dikenakan syarat penapisan “gay moment” dalam filem tersebut. Antara respons (komen sebenar) penyokong B&B dalam kalangan Melayu-Muslim di media sosial:

1. “Kalau ada adegan bunuh dan rompak, hang akan ban filem tu jugak ke? Bukankah itu pun langgar undang undang???”

Boleh ada adegan bunuh dan rompak. Tapi dalam etika dan garis panduan penyiaran, perlu ada “poetic justice” – yang jahat dihukum setimpal atau ada keinsafan di hujung cerita. Dan paparan pembunuh serta perompak harus negatif. Tapi gay dalam cerita Hollywood diraikan. Cerita gay selalunya menang anugerah. Skrip Hollywood simpatetik terhadap watak gay. Masyarakat yang disuruh insaf, dan menerima homoseksualiti.

2. “Ombak Rindu ada rogol boleh pulak lepas wayang”

Ini falasi ‘perbandingan salah’. Dua filem berkenaan perlu dinilai berdasarkan merit masing-masing. Adanya rogol dalam filem Melayu BUKAN justifikasi untuk abaikan homoseksualiti B&B. Sekiranya satu dapat diatasi, kesannya lebih baik berbanding membiarkan kedua-duanya.

3. “Bestiality (hubungan seksual dengan haiwan) dan Stockholm Syndrome (jatuh cinta dengan captor) dalam Beauty and the Beast boleh pulak”

Perbandingan salah. Kalau ada adegan bestiality, ia juga akan ditapis seperti “gay moment”.

4. “Hanya ada satu karakter dalam tu yang gay secara terbuka dan tertarik dengan watak lelaki..itu saja … walhal bukan aksi lucah pun”

Lucah tak semestinya eksplisit. “Gay moment”, idea homoseksualiti, pandangan dan sentuhan ‘suggestive’ dalam B&B juga lucah (indecent) berdasarkan sensitiviti tempatan.

5. “Tak payah tengok kalau tak suka”

Walaupun ada ahli masyarakat yang tak tengok, penerimaan “gay moment” di sinema (domain awam) tetap memberi signal homoseksualiti adalah ‘diterima secara sosial’.

6. “Nak sekat-sekat macamlah  orang tak boleh tengok online”

Tengok online, itu domain peribadi. Tanggungjawab sendiri. Tapi dalam domain awam, ada pertimbangan lain. Ada implikasi sosial dan budaya. Maka, perlu ada kawalan.

7. “Benci aku Malaysia ni, senstitif sangat bila nak majunya, adoiiyaoi”

“Maju” dengan menerima “gay moment” di domain awam? Maju bermaksud celik norma etika tempatan, mampu menilai dengan kritis propaganda dan normalisasi LGBT. Maju, bila bebas daripada penjajahan budaya.

8. “Takut terpengaruh, iman senipis bawang ke?”

Rintangan terhadap normalisasi LGBT didorong iman yang belum menipis dalam komuniti.

9. “Homoseksualiti dah lama dalam masyarakat. Apa kaitan dengan filem??”

Memang dah ada lama dah, sejak zaman Nabi Luth A.S.  Tetapi filem kontemporari cuba menormalkannya dan mengurangkan sensitiviti masyarakat terhadap sifatnya yang melawan fitrah. Dan lihatlah apa yang telah terjadi pada kaum Luth.

10. ” Dunia sudah berubah dan sudah tiba masanya kita lengkapkan anak-anak kita dengan fakta semasa”

Kita perlu sama “move on”, walaupun ke arah yang salah? Ada hadith sahih menggesa tidak meniru mereka, “moving on” bersama mereka sejengkal demi sejengkal. Kita mempunyai nilai sendiri yang sudah tetap.

11. “Bodohlah nak sekat”.

Cerdik, sebab ambil kira sensitiviti majoriti, dan kesan jangka masa panjang. Bodoh, bila utamakan Emma Watson berbanding maslahat awam.

12.  “Watak lelaki lembut dalam filem Malaysia boleh lepas tetapi adegan ‘gay’ dalam cerita klasik yang jujur perlu dibuang”

Effeminate (lembut) tak semestinya amalkan homoseksualiti. Dalam B&B, wataknya ialah LGBT secara terbuka. LGBT ialah satu amalan, orientasi seksual dan cara hidup. “Lembut” puncanya mungkin sekadar hormon dan genetik.

13. “Saya harap rakyat Malaysia berfikiran lebih terbuka supaya B&B boleh ditayangkan”

Perlu berfikiran terbuka untuk faham etika relativisme budaya – apa yang biasa di AS tak semestinya dapat diterima di sini. Di AS sendiri, pawagam di Alabama boikot B&B. Jangan kita lebih sudu daripada kuah.

14. “Pelindung moraliti yang melantik diri sendiri–Lembaga Penapisan Filem (LPF). Mereka fikir mereka bantu ibu bapa, tak sedar mereka sudah ketinggalan zaman.”

 Sensitiviti keibubapaan liberal anda itu tidak penting. Kalau LPF tak buat kerja, majoriti ibu bapa akan persoalkan tanggungjawab moral agensi tersebut.

15. “Kenapa sesetengah ibu bapa fikir anak mereka anak mudah terpengaruh dengan filem?”

Dalam sosiologi, kanak-kanak belajar nilai-nilai dalaman dan norma budaya melalui media massa. Ini disebut ‘proses sosialisasi’.

Sumber: Ahmad Farami


Comments 3

  1. Anonymous

    orang malaysia kan maju (tangan kat bahu, mata sawan ke atas)

  2. yufa

    ala…fazura kan ramai kwn pondan…tak hairanlah dia sungguh2 nk tngok B&B…

  3. khadeeja

    almost sedekad jugak tinggal di negara barat. Diorang pun dlm diam2 ramai ja yg sebenarnya tak suka gay, dan haramkan anak2 dari tengok cerita sebegini. Alahai, sesetengah org kita pulak lebih2. Bukan iman setebal konkrit atau senipis bawang, ni indoktrinasi yg bermula seumpama satu titik minyak kotor atas air bersih. Setitis demi setitis minyak kotor akan dicurah. Ramai yg kata ‘alah, settis jer pun. byk lagi air (iman) ni’…. do you think they;re going to stop? dah jadi satu kerja nk bersihkan dan tapis minyak tu nnti.

    plg berkesan, jangan bagi orang titis langsung.

    p/s: waktu tinggal di negara sana, hari yg gay parade tu, taufan melanda tiba2 😀 amik kauu! tak jauh dari tempat kitorang nauzubillah…. pandai2 la google sendiri

Leave a Reply