Viral

“Dia Anak Harapan Keluarga. Saya Mahu Lihat Dia Berjaya. Saya Mahu Lihat Dia Berkahwin.”

Saya harap dapat berada di mahkamah untuk melihat wajah-wajah mereka. Saya nak mereka tahu kemarahan dan kekecewaan yang saya rasakan.

Paan2AN
Inilah kata-kata ibu kepada Pegawai Kadet Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Zulfarhan Osman Zulkarnain, 21, apabila mendengar mengenai pertuduhan terhadap mereka yang dituduh membunuh anaknya yang merupakan anak sulung dari empat adik-beradik.


Hawa Osman, 54, masih cuba menerima kehilangan anaknya. Tetapi apa yang dia mahukan saat ini hanya keadilan.

Biar mereka yang bertanggungjawab atas pembunuhan anak lelaki saya menerima hukuman yang setimpal. Mereka tak rasa apa-apa ke masa mereka seksa anak saya begitu?

Saya harap mereka terima hukuman yang selayaknya.

Dia berkata begitu ketika ditanya mengenai lima pelajar universiti yang didakwa di Mahkamah Majistret semalam atas pertuduhan membunuh Zulfarhan Osman.

Pelajar tahun akhir UPNM itu meninggal dunia pada 1 Jun jam 9.00 pagi di Hospital Serdang kerana diserang satu kumpulan pelajar yang mengesyaki dia telah mencuri sebuah komputer riba.

Zulfarhan Osman dibawa ke hospital setelah mengalami kecederaan serius termasuk melecur tahap dua dan tiga pada 80 peratus tubuhnya.

Polis menahan 36 orang, termasuk 32 pelajar UPNM dan 4 orang pelajar Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), berusia antara 20 hingga 21 tahun untuk membantu siasatan pembunuhan tersebut.

imageHawa, yang merupakan seorang Pembantu Tadbir di SMK Aminuddin Baki di sini, berkata dia menerima kematian itu sebagai ketetapan tuhan. Tetapi dia mempersoalkan keadaan yang menyebabkan serangan ganas dan pembunuhan anaknya.

Hawa berkata keluarganya tidak tahu menahu apa yang sebenarnya telah berlaku pada Zulfarhan Osman, menambah yang kejadian itu disembunyikan dari mereka dan hanya diberitahu setelah Zulfarhan Osman meninggal dunia.

Apa punca sebenar? Mengapa dia diseksa tanpa belas kasihan? Kesan melecur pada jasadnya ada di depan badan hingga ke belakang.

TertuduhAN
Hawa berkata dia tidak dapat menerima cara penyeksaan kejam anaknya yang telah dilakukan mereka.

Saya boleh menerima tragedi (kehilangan anak saya) ini, tetapi cara mereka mencederakan dia tidak berperikemanusiaan. Dia melecur di 80 peratus badannya, apakah mereka langsung tiada rasa simpati?

Sekurang-kurangnya bila sesuatu seperti itu terjadi pada seseorang, dia dihantar ke hospital untuk dirawat. Ini langsung tiada hati perut.

Saya harap pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dikekalkan. Keluarga saya mahukan keadilan untuk kematian anak lelaki saya.

Menceritakan mengenai Zulfarhan, anak lelakinya itu tidak pernah mengganggu sesiapa dan sentiasa membantu orang dalam kesusahan.

image

Dia menambah dia mempunyai harapan yang tinggi terhadap anak sulungnya itu yang mahu menjadi seorang kelasi dan menyimpan impian menjadi seorang jurutera.

Dia anak harapan keluarga. Saya mahu lihat dia berjaya. Saya mahu lihat dia berkahwin.

Bapa Zulfarhan, Zulkarnain Idros, 53, berkata dia lega kerana lima tertuduh telah didakwa, tetapi dia tidak merasa gembira.

Saya lega…tapi tak gembira. Tiada apa yang boleh mengembalikan Farhan.

Saya lega polis siasat dengan cepat.

imageHawa berkata, tiga anaknya yang lain, Zulhelmie Idros, 19, Zulfaiqah Lyana, 17, dan Zulhelyna Fatimah, 15, masih bersedih dengan pemergian abang mereka.

Saya berdoa untuk Farhan setiap hari. Dengan Hari Raya yang makin hampir, kami selalu teringatkan dia. Adik-adiknya merinduinya.

Sumber: NST Online

Comments 20

  1. Anonymous

    tengok wajah anak dia pn dpt rasakan yg ank dia seorang yg baik.semoga tenang di sana.

  2. ?

    Sebak sgt bila membaca kisah ini.. Harap2 yg terlibat diberikan hidayah & menyesal dgn ape yg telah mereka lakukan.. Semoga keluarga Arwah tabah & sabar dgn kejadian ini.. Saya turut bersimpati.. Tenanglah Arwah disana.. semoga rohnya ditempatkan bersama roh2 org2 beriman.. Aamin..

  3. Fyyy

    Ada sesuatu yang indah disebalik ujian Allah,bg hamba2 Nya yg bersabar jgn pernah menyerah puan.. Allah tak akan pernah jadikan sesuatu tu dgn sia2.. Allah tak akan pernah menguji lebih dari kekuatan hamba2Nya, bersangka baik pd Allah, sy turut berduka cita.. Alfatihah.. Semoga arwah menjadi salah stu dri penghuni syurga tanpa dihisab, allahumma ameen

  4. Kak nilam

    Tiada ayat yg mampu dituliskan hnya air mata mengalir laju di pipi… Hancurnya hati seorg ibu bila ank diperlakukn sedemikian… Allahu Akbar!!

  5. Anonymous

    Ya allah…tgk dia bgus ja..mmng hati bnatang pmbnuh2 ni…klaw ak pn x tnng selagi tgk depa ni x mmpus…kuatknlah smngat keluarga farhan ni..

  6. Anonymous

    setiap kali baca sy rasa terlalu sedih apalagi ibunya..semuga arwah ditempatkan di syurga..
    Jadikan pengajaran buat semua anak2 diluar sana..

  7. Anonymous

    Tgklh wajah arwah.mg ank yg baik dan taat od ibubapa dan syg adik2nya..ttp lbh pilu bila di rembat nyawa anaknya oleh manusia dajal.mohon kekalkn 302 pd sipembunuh arwah!…kematian arwah perlu dibela.

  8. Anonymous

    Hati saya ngilu, pedih dan marah setiap kali membaca bagaimana arwah didera….sampai hati …..tiada titik peri kemanusiaan langsung melihat arwah diperlaku sedemikian rupa… Semoga arwah tenang di sana.Tiada lagi siksaan, tiada lagi kesakitan…doa syurga untuk mu Farhan.

  9. hani1976

    Tertanya tanya sehingga sekarang mengenai kes buli sehingga membawa kematian.Dan ada pegawai pula seolah olah menyokong amalan buli ini kerana ianya dikatakan perkara biasa.geli.marah dan sedih mengenai sokongan beliau mengenai kehidupan buli di upnm.kalau dpt jumpa dgn pegawai tersebut nak tanya kat dia.dia memang kaki buli ke.pernah dibuli ke dan pernah mengalami situasi yg disebut kan itu ka?contoh seks oral.allahuakabar.aku menaggis dan menanggis membayangkan keadaan arwah sebab lebih kurang umur mcm anak.

  10. Zorro

    Semoga Kematian Arwah dpt pengadilan sewajarnya. Rakyat Malaysia memerhatikan kes nie.

  11. Oxfordfajar

    ini antara tragedy yg aku btl2 nk tahu…knp mereka begitu sehingga hilang nilai kemanusian…jika tidak d dunia..d akhirat kelak kita semua sama2 mengetahuinya… damai d sana anak muda … d Tanah Abadi .. d sisi pencipta Mu…….. Al Fatihah Zulfarhan.

  12. Anonymous

    Semoga arwah Zulfarhan tenang di sana..Aamiin

  13. Naddy

    tengok wajah arwah pun dah tahu orang yang baik. senyuman tu senyuman yang membawa makna. Semoga roh arwah tenang disana dan ditempatkan ditempat yang abadi disisiNya. Alfatihah.

  14. miss a

    Setiap kali aq membaca kisah tragis ni, air mata x lekang dari mengalir. Dahsyat sungguh si pembuli. X kira mana tempat dan umur buli ttp ada. Salah siapa? Bagaimana nak mencegahnya? Seharusnya perkara ini diberi perhatian tinggi dari berulang dan terus berulang.

  15. Syira

    Nauzhubillah. Sayu hati ni bila baca tntg kes kematian arwah. Umur arwah sebaya saya. Tak dpt diluah dgn kata2 perasaan marah dan juga ingin tahu asbab yang relevan sehingga kekejaman sebegini dilakukan oleh mereka terhadap arwah Zulfarhan. Takkan dgn hanya menyangka arwah mncuri laptop, dia diperlaku sebegitu rupa! Bertambah marah, dengan sikap mereka yg cetek pemikiran tidak membawa arwah ke hospital utk menjalani rawatan susulan setelah mereka mendera arwah dengan sebegitu! Kejamnya,. Pembunuh rakan baik sendiri! Diharap Puan Hawa,En.Zulkarnain, dan adik-adiknya bersabar dan merima pemergian arwah. Semoga arwah tenang di sana. Harap hukuman yang setimpal dijatuhkan kepada mereka baik di dunia dan di akhirat kelak oleh Allah s.w.t ..

  16. yg tersakit hati

    assalamualaikum… terdahulu sy mohon maaf dan takziah buat keluarga arwah.. kuatkan hati dengan ujian Allah swt… budaya samseng seperti ini sebenarnya da lama berleluasa di kalangan kita.. xpyh ckp budak2 muda, org tua pun sama jer.. bila ade pencuri peragut malah yang dituduh belum terbukti bersalah pun terus mereka pandai2 ambil jalan sendiri, belasah, mengaibkan.. macam institusi polis tu xpenting, ego terlalu tinggi,nak tunjuk bagus.. memalukan!!! tak payah ckap budak2 muda, dr mana mereka blajar? dengan lihat org2 tua jugak. sikap tak rasional. minta gubal undang-undang baru gandakan hukuman bagi mereka yg nak tunjuk bagus belasah atau aibkan orang tertuduh tanpa peduli undang2. orang-orang seperti ini bukan menolong sebaiknya pengecut dan samseng sebenar yang mengambil kesempatan sesuatu kejadian untuk melakukan jenayah. mohon pihak terbabit selidik.

  17. Kakja

    Dah buat orang tu sampai melecur,,dan dab pulak nak rawat balik..akai takdak

  18. Sya-nadia

    Alfatihah arwah…semoga tenamg dikau disana.tabahlah kluarga arwah,allah menguji hambanya.berat mata memandang berat lg bahu memikul..semoga ke lubang cacing digali asbab kenapa oerilaku spt binatang ini berlaku??????allahu..sedih.dunia kita makin tua

  19. Mohd Ariff bin Manan

    302 KK di kekalkan.

  20. AO

    Bersabit membunuh, tali gantung jawabnye.

Leave a Reply