Info Semasa

Dimarahi Kerana Pakai Kasut Ketika Tangkap Ular Dalam Rumah, Pihak Bomba Perjelas Sebabnya..

Hari ini tular status seorang wanita yang marah kepada anggota bomba tidak membuka kasut ketika operasi menangkap ular di rumahnya.

Pemakaian kasut ketika di dalam operasi adalah salah satu P.P.E (personal protecting equipment) kepada seorang penyelamat. Oleh hal demikian kebiasaanya anggota bomba akan meminta kebenaran tuan empunya rumah untuk memakai kasut.

Anggota bomba juga bertimbang rasa dalam aspek keselamatan dan juga kebersihan rumah. Jika menyelamatkan seekor kucing yang terperangkap mungkin anggota boleh membuka kasut tetapi tiada kompromi dari segi keselamatan bagi menangkap haiwan yang berbisa.” tulis akaun Facebook tersebut.

Sebelum ini, satu akaun Facebook memuat naik satu kenyataan tidak berpuas hati dengan anggota bomba yang tidak memecat kasut ketika menangkap ular di dalam rumah.

Sumber

Leave a Reply