Viral

Disney Tarik Balik Tayangan ‘Beauty And The Beast’ Di Malaysia Untuk Tempoh Yang Tidak Dinyatakan

Walt Disney Co. telah menarik balik tayangan filem ‘Beauty and the Beast’ dari pawagam Malaysia sebagai satu tindakan memprotes arahan untuk salah satu adegan membabitkan watak ‘gay’ dalam filem itu dipotong oleh Lembaga Penafisan Filem (LPF) Malaysia untuk satu tempoh yang tidak diberitahu.

B&BAN‘Filem ini tidak dipotong sebelumnya dan tidak akan dipotong untuk Malaysia’, menurut Disney dalam satu kenyataan berbentuk e-mel kepada Bloomberg.


Golden Screen Cinemas (GSC), rangkaian pawagam terbesar di Malaysia memberitahu Isnin lepas yang ia menangguhkan tayangan ‘Beauty and the Beast’ atas permintaan Disney. GSC menawarkan pemulangan wang bagi mereka yang telah membeli tiket lebih awal di laman sesawangnya.

LPF  Malaysia meluluskan ‘Beauty and the Beast’ dengan kelas PG 13 setelah meminta satu adegan sepanjang empat setengah minit dari satu subplot filem itu membabitkan karakter gay dipotong oleh Disney.  Abdul Halim Abdul Hamid, pengerusi Lembaga itu berkata dalam satu mesej teks bahawa pawagam di Malaysia dibenarkan menayangkan filem tersebut bila-bila masa setelah adegan itu dipotong.

Kategori PG 13 bermaksud mereka yang berusia bawah 13 tahun perlu ditemani oleh ibu bapa ketika menonton filem itu.

Filem itu, yang mula ditayangkan 17 Mac ini, dijangka mengaut keuntungan sebanyak USD 120 juta di Amerika Syarikat dan Kanada, menurut Disney dalam satu kenyataan berasingan. Pembikinan filem itu telah menelan belanja USD 160 juta.

Beauty and the Beast ialah pembikinan semula versi ‘aksi-hidup’ animasi muzikal Disney yang popular pada  tahun 1991. Dalam adegan yang dikatakan itu, watak LeFou, yang dianggap kawan baik kepada watak antagonistik Gaston, telah merujuk kepada kepersonaaannya terhadap Gaston dan kemudiannya menari dengan lelaki itu dalam satu pesta tari-menari.

Malaysia mempunyai undang-undang menentang homoseksualiti dan merupakan antara 20 negara pasaran filem terbesar dunia, menurut Motion Picture Association of America.

Awal bulan ini, Russia meluluskan tayangan Beauty and the Beast dengan cadangan tayangan hanya untuk mereka yang berusia 16 tahun dan ke atas. Kanak-kanak boleh menonton jika ditemani ibu bapa.-diterjemahkan untuk amazingnara.com

Sumber: Bloomberg


Leave a Reply