Viral

Doktor Swasta Didakwa Tawar Surat Rujukan Ke Hospital Dua Kali, Tetapi Ditolak Zulfarhan

Doktor swasta yang pernah merawat Pegawai Kadet, Zulfarhan Osman Zulkarnain didakwa pernah dua kali menawarkan surat rujukan ke hospital dan bantuan ambulans tetapi enggan diterima oleh pesakit.
PaanGazetteAN
Surat rujukan itu ditawarkan apabila penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia itu datang kali pertama dan membuat rawatan cuci luka kali kedua lima hari kemudian di klinik berkenaan.

Mangsa mendakwa beliau tidak ke hospital kerana menjaga reputasi sebagai tentera dalam latihan, selain keadaan luka yang semakin pulih.

Sumber memaklumkan kepada MalaysiaGazette, kali pertama mangsa datang untuk mendapatkan rawatan cuci luka diiringi oleh empat rakannya yang mengaku dari Kem Tentera Port Dickson.

Mangsa yang berjalan sendiri ke klinik berkenaan mendakwa beliau terkena wap panas ketika menjalani latihan.

Allahyarham meminta doktor berkenaan mencuci lukannya bagi memudahkan pergerakan ke hospital.

Allahyarham ke klinik untuk mencuci luka kerana mendakwa berlaku letupan ketika menjalani latihan ketenteraan lima hari sebelum datang ke klinik berkenaan.

Mangsa memaklumkan sudah membuat rawatan susulan di Klinik Kesihatan Port Dickson tetapi tidak ada rujukan hospital kerana protokol tentera.

Doktor di klinik berkenaan tidak ada prasangka buruk kerana mendapati luka-luka pada badan mangsa menunjukkan telah dirawat sebelum ini.

Sumber berkata, doktor yang merawat Zulfarhan juga menawar untuk menghubungi keluarganya tetapi ditegah pesakit atas alasan ibunya sedang dirawat di hospital.

Beliau tidak mahu kesihatan ibunya terganggu nanti.

Doktor yang merawat Zulfarhan tidak mengesyaki apa-apa kerana kenyataan-kenyataan yang diberikan oleh mangsa dan rakan-rakannya tidak bercanggah.

Mangsa meminta doktor berkenaan mencuci luka-luka pada tubuhnya bagi memudahkan pergerakan ke hospital.

Sumber berkata, bil rawatan Zulfarhan di klinik berkenaan dibayar oleh kawan-kawannya.

Sumber: MalaysiaGazette


Comments 10

  1. MakCik Piah

    Ermm…….yer laa… dia kan bdk baik….dia nak jaga nama baik kwn2x dia….taknak susahkan org….dia rasa dia boleh bertahan….dia x sedar yang dia dah parah….kesiannya dia…..atau maybe dia diugut! no one knows…

  2. Anonymous

    Kes ini hanya Allah dan mangsa sahaja yg tahu. Di dunia boleh lah berbagai versi cerita, nanti di mahkamah Allah tiada siapa yg akan berdusta lagi.

  3. geram tol!

    pelik betul doktor tu
    bdan arwah penuh cop strika
    tkkn tk curiga?

  4. Reez

    Kpd saudara Geram tol : ada baca betul2 ke x ni…bkn kesan tekap sterika…tp tapi terbakar sebab wap dari strika…penah guna x strika wap?

  5. Smr

    Kasihanilah geram tol wahai reez…dia tak pernah guna seterika wap tu…saya simpati..

  6. nasi dah jadi bubur.. moga jadi pedoman dan iktibar buat kita semua.

  7. Safrida Yahya

    Bila dah tertangkap bg lah mcm2 alasan.. Budak tu dah terbakar 80% takkan boleh biarkan dia balik mcm tu je.. sepatutnya dah boleh panggil ambulans dan hantar ke bah kecemasan…. .. boleh pulak dikesan sterika wap masa buat post mortem, takkan tak nampak….. heret sekali Doktor tu ke mahkamah..
    Semuga roh anak didik ku ditempatkan bersama2 org yang beriman..Aamiin

  8. Safrida Yahya

    Bila dah tertangkap bg lah mcm2 alasan.. Budak tu dah terbakar 80% takkan boleh biarkan dia balik mcm tu je.. sepatutnya dah boleh panggil ambulans dan hantar ke bah kecemasan…. .. boleh pulak dikesan sterika wap masa buat post mortem, takkan tak nampak….. heret sekali Doktor tu ke mahkamah..
    Semuga roh anak didik ku ditempatkan bersama2 org yang beriman..Aamiin

  9. Ainah

    Ingat ragging biasa je rupanya sampai meninggal arwah. Betul betul tak berperikemanusiaan. Apa yang dengki sangat

  10. Fatah

    Hati manusia ni jd gelap dtgnya drp mknan yg x berkat yg mnjd darah daging.. ada kemungkinan solat2 kt x d terima Allah swt sbb tu perangai jht x brubah dr dulu..mungkin kt pnh menganiaya insan2 yg x brdosa sblumnya membuatkn doa2 ini dimkbulkn Allah swt..brwspadalah dgn doa2 mereka yg traniaya…inila jdnya..mgkin sdh masanya pengajaran bg merek yg riak dan angkuh.. nasi sdh mnjadi bubur.. brtaubatla walopun sdh trlmbat…

Leave a Reply