Kiriman Pembaca

Dr Palsu Dikatakan Bergerak Aktif Di Kelantan Dengan Membuka Klinik Tanpa Kelulusan KKM

doktor

Satu kiriman email yang kami terima memberikan infi tentang seorang Dr palsu yang giat menjalankan aktiviti klinikal di Kelantan.

Nama: ZAIFUL IKHRAM BIN AB KADIR

Alamat : Lot 786 Lorong Masjid Batu 2, Jln Pengkalan Chepa 15400 Kota Bharu Kelantan

Umur : 29 tahun

Suspek dikatakan bertindak berani dengan memalsukan dokumen ijazah yang membolehkan beliau mendapat tawaran bekerja sebagai doktor pelatih @ ‘House Officer (HO) di Hospital Kuala Krai pada tahun 2014.

Beliau sebelum ini dikatakan melanjutkan pengajian didalam bidang Perubatan di University Zagazig Mesir, namun tidak berjaya menamatkan pengajian beliau.

Semasa di Hospitak Kuala Krai, pihak hospitak telah meminta Malaysian Medical Council (MMC) untuk membuat siasatan tentang kesahihan ijazah perubatan yang dimiliki oleh beliau kerana ragu tentang kemahiran klinikal yang dimilikinya. MMC telah melakukan siasatan dan University Zagazig Mesir menyatakan tiada pun graduan daripada universiti ini yang bernama Zaiful Ikhram

dr-palsu

Selepas resign dari Hospital Kuala Krai, suspek kemudian menjadi Doktor di Klinik Jega Kota Bharu dengan menggunakan lesen APC & Full Registration MMC milik Dr Zarul Ikram yang bekerja di Hospital Bintulu, Sarawak. Tindakan itu telah menyebabkan Dr Zarul Ikram telah menerima beberapa saman daripada pesakit dan hampir diambil tindakan oleh MMC akibat daripada pemalsuan dokumen yang dilakukan oleh suspek.

Selepas tindakan beliau terbongkar, beliau kemudian bekerja di Klinik Keluarga Wakaf Che Yeh sejak akhir tahun 2015 dengan menggunakan nama samaran ‘Ikram’. Setelah berlaku persengketaan dengan pemilik Klinik Keluarga Wakaf Che Yeh, beliau telah bertindak keluar daripada Klinik Keluarga dan membuka klinik beliau sendiri yang diberi nama pusat rawatan al farahin yang juga terletak berhadapan Bank Rakyat Wakaf Che Yeh. Beliau telah menggunakan nama Pusat Rawatan Al Farahin tanpa sebarang keizinan daripada Dr Afif yang merupakan pemilik Pusat Rawatan Al Farahin di Kok Lanas.

Beliau bertindak berani membuka klinik secara haram tanpa mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di Wakaf Che Yeh. Premis klinik haram ini jelas tidak mendapat kelulusan KKM kerana keluasan yang sangat sempit iaitu hanya 20 x 30 kaki persegi sahaja. Beliau dengan secara terbuka telah menjual ubat batuk dan ubat ubat khayal di klinik haram ini dan aktiviti beliau telah dapat dihidu oleh pihak polis. Pihak polis telah melakukan serbuan pertama disusuli oleh serbuan ke 2 bersama dengan UKAPS KKM dan telah disita namun beliau dengan secara berani bertindak membuang pita sita yang dikeluarkan oleh KKM & PDRM.

Hasil daripada kegiatan haram & penyamaran beliau sebagai seorang doktor, beliau telah memiliki 2 biji kereta mewah iaitu BMW & Merc Sport.

Kegiatan seperti ini harus diberi tumpuan kerana bukan setakat menjual ubat sahaja beliau juga melakukan operasi klinikal yang mungkin membahayakan pesakit.

Comments 1

  1. Lalala

    Bertabahlah wahai anak manusia mmg d uji oleh manusia yg takkn sama hatinya
    Walaupun d bibirnya bermain kata2 hadis belum tentu hatinya sesuci sebersih warna buih
    Jgn pernah percaya pd manusia krn hatinya berbolak balik
    Smoga ibu trsebut d murahkan rezeki lepas ini jgn bersedih Allah melihat semuanya

Leave a Reply